Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

5 Panduan Mudah untuk Menjaga Rambut Anda

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

5 Panduan Mudah untuk Menjaga Rambut Anda

Sep 26, 2019 | 05:30 AM



Rambut merupakan mahkota kita, terutama sekali bagi kaum Adam. Tapi, kalau stail rambut amatlah bergaya tapi tidak terjaga, sayang juga.



Siapa kata penjagaan rambut hanya untuk kaum Hawa atau pun mereka-mereka yang sudah tua di mana rambut mereka tinggal sedikit saja? Tak kisahlah tua, muda mahupun lelaki atau wanita. Memang satu kemestian untuk menjaga rambut, lagi-lagi di cuaca yang amat panas ini.



        1. Syampu rambut anda dengan betul



Sebelum meletakkan syampu ke rambut anda, gosokkan syampu di antara tangan anda dahulu. Jangan kenakan syampu terus ke rambut kerana ia akan akibatkan kerosakan rambut dan kulit kepala. Urut kulit kepala anda dengan jejari dan bukan kuku anda.



Cuci rambut anda dengan air suhu bilik kerana air panas mampu membuat rambut anda kering dan rapuh.



        2. Elakkan stres kepada rambut



Jangan ikat rambut anda terlalu ketat apabila mengenakan tudung. Ini kerana mengikat rambut dengan ketat untuk waktu yang lama tidak bagus, dan juga tidak selesa bagi anda. Oleh itu, usahlah ikat terlalu ketat, biarkan rambut anda ‘bernafas’. Jika anda tidak rasa tekanan di akar rambut, itu bermakna ia tidak begitu ketat.



Bukan itu saja, pastikan rambut anda kering apabila memakai tudung atau sebelum tidur. Jika tidak, ia boleh menyebabkan kerosakan rambut.



        3. Gunakan syampu dan perapi rambut yang betul.



Rambut sama hitam, hati lain-lain.



Bak pepatah ini, setiap manusia mempunyai rambut dan kulit kepala yang berlainan. Oleh itu, amat pentinglah bagi anda untuk gunakan syampu dan perapi rambut yang sesuai bagi rambut anda. Sama ada masalah rambut kering, kelemumur atau kulit kepala kering.



        4. Dapatkan rawatan sesuai.



Bagaimana nak tahu syampu dan perapi rambut manakah yang sesuai jika anda tidak tahu keadaan kulit kepala dan rambut anda?



Di Beijing 101 Hair Consultants, mereka akan memberitahu keadaan rambut anda. Bukan itu saja, mereka juga akan menyediakan rawatan berdasarkan keadaan rambut anda. Sama ada ia kering, berkelemumur atau berminyak, mereka mempunyai rawatan yang sesuai untuk memastikan rambut dan kulit kepala anda kekal sihat.





Semasa saya di sesi konsultasi, mereka memeriksa kulit kepala saya dan saya dapat melihat kulit kepala saya dengan lebih dekat lagi. Dari situ, mereka menyarankan rawatan yang sesuai dan juga panduan bagaimana untuk menjaga rambut saya.





Setelah rawatan, mereka akan mengimbas sekali lagi kulit kepala anda untuk melihat perbezaannya.



Walaupun saya telah menjalani rawatan ini sekali saja, perbezaannya memang amat ketara sekali! Kulit kepala saya kelihatan lebih bersih. Saya juga rasa kurang gatal-gatal di kepala saya selepas rawatan di Beijing 101 Hair Consultants.





Kulit kepala saya sebelum mendapatakan rawatan.





Kulit kepala saya kelihatan lebih bersih setelah rawatan!



Rawatan yang disediakan oleh Beijing 101 Hair Consultants membantu membersihkan kulit kepala anda. Anda pasti akan rasa rileks dan dimanjakan semasa rawatan sepanjang dua jam itu.



Jika anda ingin ketahui lebih lagi tentang kulit kepala anda, apa kata anda pergi sendiri untuk mendapatkan rawatan di Beijing 101 Hair Consultants? Beijing 101 mempunyai promosi Rawatan Pemulihan Rambut pada harga $40 saja! Dan anda akan dapat sepasang tiket wayang jika anda tempah sekarang!



        5. Pastikan semula jadi!



Elakkan mewarnakan, meluruskan atau kerintingkan rambut anda. Jika anda sentiasa meletakkan bahan kimia ke rambut anda berkali-kali, ia boleh menyebabkan kerosakan.



Dan itulah lima panduan yang akan menolong anda untuk menjaga rambut dan kulit kepala anda. Dengan mengikuti panduan ini, anda boleh memastikan rambut dan kulit kepala yang sihat pada jangka masa yang panjang.



Jangan lupa untuk dapatkan rawatan anda di Beijing 101 Hair Consultants dengan harga promosi mereka pada harga $40, termasuk sepasang tiket wayang  (harga biasa $532)! Cepat, dapatkan promosi ini di https://bit.ly/2lYUoL8




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >