Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

5 Persembahan Muzik alternatif yang harus anda tontoni di Festival Baybeats

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

5 Persembahan Muzik alternatif yang harus anda tontoni di Festival Baybeats

Aug 23, 2019 | 04:44 PM



Dari bunyi gitar yang nyaring dalam muzik heavy metal, kepada melodi kompleks bagi lagu jenis rok alternatif, dari suasana yang tenang R & B kepada irama menarik hip hop, festival muzik alternatif tahunan, Baybeats kembali untuk tahun ke-18 tahun ini dan akan diadakan di Esplanade pada hujung minggu ini.



Dilengkapi dengan lima buah pentas, 48 persembahan muzik serta menawarkan perkhidmatan video secara langsung di halaman YouTube Esplanade, festival Baybeats 2019 tentu akan menghiburkan anda dengan meliputi pelbagai jenis muzik.



Oleh itu, Berita Harian telah memetik 5 persembahan muzik yang harus anda tontoni.



 



MEAN (Singapura) 



Lagu Jenis: Hip-hop





NUR AHMAD MUHAIMIN: Juga dikenali sebagai MEAN adalah seorang rapper terkemuka di Singapura -Foto: INSTAGRAM/M.XS



MEAN salah satu rapper terkemuka di Singapura dan beliau telah menjelajah Asia untuk mempersembahkan lagu-lagunya.



Beliau juga telah membuat penampilan di festival Laneway pada tahun 2015.



Menurut beliau, anda akan dapat mengalami campuran muzik lama serta muzik baru yang masih dirakam, dan beliau juga akan membuat persembahan gabungan bersama rapper berasal dari Malaysia, Airliftz.



MEAN atau nama sebenarnya Nur Ahmad Muhaimin juga mengatakan bahawa beliau ingin pendengarnya merasakan emosi dan semangatnya apabila beliau mengubah lirik sewaktu memberi persembahannya di atas pentas.



Anda boleh menonton persembahannya pada Sabtu, 11.30 malam di Esplanade Annexe Studio.



 



RAMENGVRL (Indonesia)



Lagu Jenis: Hip-hop





Foto: ESPLANADE THEATRES ON THE BAY



RAMENGVRL atau nama sebenarnya Putri Soeharto terkenal kerana perwatakan uniknya apabila beliau sedang berada di atas pentas serta muziknya yang membincang tentang usaha memperkasa wanita.



Anda boleh melihatnya di pentas LiveWire yang terletak di Taman Forecourt Esplanade pada hari Ahad jam 8.50pm.



 



Iman’s League (Singapura)



Lagu jenis: Punk rock 





Foto: ESPLANADE THEATRES ON THE BAY



Dengan bunyian guitar yang gempak dan rentak yang menarik, kumpulan punk rock ini yang diketuai Nuriman Bin Mohd Nor, 37 tahun, juga telah menghasilkan lagu berjudul, “Kenangan Hari Raya” untuk menyambut Hari Raya Adililfitri pada awal bulan Mei tahun ini.



Beliau ingin peminat kumpulannya, Iman’s League serta para pendengar baru menikmati muzik mereka yang berlirik positif dan mereka harap lagu-lagu dapat memberi motivasi kepada para pendengar apabila mereka rasa murung.



Mereka juga telah mempersembahkan muzik mereka di merata Asia seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand, Korea Selatan, Jepun, Australia dan Taiwan dan menggalakkan para penonton datang ke festival ini untuk menyokong hasil muzik anak tempatan.



Anda boleh menonton persembahan mereka pada malam nanti, Jumaat, 9.40 malam di Teater Luar Esplanade, Arena.



 



Airliftz (Malaysia)



Lagu jenis: Hip Hop





Foto: ESPLANADE THEATRES ON THE BAY



Aliff Shaharom (lebih dikenali sebagai Airliftz) adalah seorang pemuzik hip-hop dan artis R&B yang berasal dari Malaysia.



Beliau telah mempersembahkan muziknya di merata Asia dan telah menunjukkan bakat rapnya yang mahir bersama rapper Malaysia Joe Flizzow, Faris Jabba dari Singapura dan lain-lain lagi dalam video yang ditular di laman Yo! MTV Raps (Asia).



Anda boleh menyaksikan persembahannya pada hari Sabtu, 10.30 malam di Esplanade Annexe Studio



 



Golden Mammoth (Malaysia)



Lagu Jenis: Rok Alternatif





Kumpulan rok alternatif yang giat berkembang di Malaysia, Golden Mammoth - Foto: ESPLANADE THEATRES ON THE BAY



Menurut Esplanade, ketua kumpulan rok alternatif, Syabil Alyahya gemar meluahkan dirinya melalui muzik.



Kumpulan Golden Mammoth yang berasal dari Malaysia ini terkenal dengan melodi serta dentuman bass yang menarik dalam lagu-lagu mereka.



Terdahulunya, mereka hanya bermain muzik sebagai hobi di rumah sahaja, namun, mereka terkenal sebagai kumpulan yang giat berkembang di Malaysia.



Mereka akan membuat penampilan mereka pada malam ini, Jumaat (23 Ogos), 9.40 malam di pentas LiveWire, Taman Forecourt Esplanade dan pada hari Sabtu (24 Ogos), 6pm dan 8.10pm di Esplanade Concourse.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >