Aaron beri semula kepada masyarakat
Pelakon selesa beri perangsang belia berisiko tinggi, turut giatkan diri dalam kempen antidadah kendalian CNB di tanah air
Aug 18, 2019 | 05:30 AM
ADA peminat yang mengirim pesanan peribadi agar Datuk Aaron Aziz membantu anggota keluarga yang terperangkap dalam lingkaran musibah seperti penyalahgunaan dadah dan jenayah.
Ada pula yang menggagahkan diri berkongsi pasang surut emosi terjebak dengan gejala sosial ini.