Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Acara Anugerah Video Muzik MTV Dibuka oleh Taylor Swift, Cardi B memenangi lagu hip-hop terbaik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Acara Anugerah Video Muzik MTV Dibuka oleh Taylor Swift, Cardi B memenangi lagu hip-hop terbaik

Aug 27, 2019 | 04:36 PM



PEMBUKAAN acara Anugerah Video Muzik (VMA) diserikan dengan nyanyianTaylor Swift yang mempersembahkan medley yang menggabungkan lagu-lagunya sambil menunjukkan bakat dan wataknya dari bintang pop kepada seorang penyani-pencipta lagu dengan bermain gitar. 



Beliau memulakan parsembahan itu pada Isnin (26 Ogos) dengan lagu You Need To Calm Down, dengan hiasan pelangi besar di belakangnya serta beberapa penari.



Dia kemudian mengambil gitarnya lalu menyanyikan lagu Lover, lagu tajuk dari albumnya yang dikeluarkan baru-baru ini. 



Lagu Cardi B, Money telah memenangi lagu hip-hop terbaik - anugerah pertama yang diberi pada malam itu.



"Saya tidak boleh mendengar suara saya sendiri," katanya ketika peminat menyorak namanya. "Biar saya buat ucapan saya sekarang."



Bagi Swift dan Ariana Grande, mereka menerima jumlah pencalonan yang sama - di VMA yang berlangsung di Pusat Prudential di Newark, New Jersey.



Malam itu juga malam yang istimewa bagi Missy Elliott yang menjadi rapper wanita pertama yang dipilih untuk Dewan Kemasyhuran (Hall of Fame) bagi pencipta lagu.


Beliau menjadi rapper wanita pertama yang dimasukkan ke dalam Dewan Kemasyhuran bagi pencipta-pencipta lagu awal tahun ini dan beliau juga akan menjadi rapper wanita pertama untuk mendapatkan Anugerah Video, Vanguard Michael Jackson, pada malam Isnin.


Semasa pra-persembahan itu, MTV mengumumkan bahawa Billie Eilish dinamakan sebagai artis push pada tahun ini manakala BTS dan Halsey’s Boy With Luv memenangi lagu K-pop terbaik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >