Acara hujung minggu
CAFE SARAJEVO
- Butiran: Diadakan sempena Pesta Pinggiran Sin gapura M1 mulai hari ini hingga Ahad ini di Studio Teater Esplanade. Mulai 8 malam (Hari ini hingga Sabtu); 3 petang (Ahad).
- Teroka sempadan yang memisahkan tetapi juga menyatukan manusia dalam satu pementasan teater baru dengan sesi podcast dikendalikan secara langsung.
- Protagonis Lucy Simic mengajak anda mengembara dalam mengenali dirinya sendiri. Beliau menjelajah tempat kelahiran bapanya di Bosnia.
- Sambil mengembara kota-kota yang terpisah dalam sebuah negara, anda akan dihujani bermacam persoalan seperti: "Apakah yang membuatkan sesebuah negara itu terpisah?
Apakah yang membuatkan mereka saling membenci budaya yang asalnya dianggap milik sendiri?"
- Setiap penonton pementasan ini akan diberi fon kepala bagi mendengar audio keterangan. Anda juga diberi kaca mata kadbod yang menayangkan video 360°.
- Tiket $27 ke acara ini boleh ditempah menerusi talian, kaunter dan laman Sistic.