Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Acara lumba lari Sesame Street Run akan diadakan di Singapura November ini.

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Acara lumba lari Sesame Street Run akan diadakan di Singapura November ini.

Aug 29, 2019 | 08:16 AM



ACARA lumba lari Sesame Street Street Run, yang dianjurkan di merata Asia Tenggara akan diadakan di Singapura setelah melawat negara Filipina.



Untuk menyambut ulang tahunnya ke-50, acara Sesame Street Run akan mulai di Singapura pada 17 November 2019, di Our Tampines Hub (OTH).



Para peminat rancangan televisyen kanak-kanak itu akan diberikan peluang untuk menghidupkan kenangan mereka semula, dengan perjumpaan bersama watak-watak Sesame Street yang tersayangi seperti Bert dan Ernie, Elmo, Cookie Monster, Grover dan sebagainya.



"Ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Seperti rancangan televisyen ikonik yang telah mendidik dan menghiburkan kanak-kanak selama lebih dari tiga generasi, acara itu meraikan ulang tahunnya dengan menyatu-padukan masyarakat melalui interaksi dengan watak-watak Sesame Street," kata Encik Aaron Goh, Pengasas Heroes Pte Ltd.



Acara ini akan mengadakan banyak kegiatan yang menarik untuk keluarga, pertama adalah, lumba lari sepanjang 5 kilometer yang sesuai untuk semua orang, tidak kira usia serta pengalaman berlari. 



Tambahan pula, untuk keluarga-keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dan juga warga tua, acara Sesame Street Run ini juga mengadakan kategori lumba lari sepanjang satu dan tiga kilometer supaya mereka boleh berjalan sahaja dan melintasi garisan penamat bersama-sama.



Menurut Encik Suhaimi Rafdi, Pengarah Kanan OTH, beliau berkata, “Selaras dengan usaha kami untuk memupuk ikatan komuniti melalui sukan, Sesame Street Run di OTH adalah satu peluang yang baik untuk memperkukuhkan hubungan antara keluarga serta rakan-rakan melalui kegiatan berlari."



Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri www.sesamestreetrun.com.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >