ULASAN PERSEMBAHAN
Acara susur evolusi lagu Melayu persatuan budaya SIM berkesan
Feb 28, 2019 | 05:30 AM
USAHA mahasiswa Persatuan Budaya dan Muslim, Institut Pengurusan Singapura (SIM), dalam membawa penonton menyusuri jalan kenangan lagu Melayu dari 1970-an hingga masa kini wajar dipuji.
Meskipun wujud gangguan teknikal pada malam acara Evolusi Muzika diadakan di Teater Seni Pementasan SIM baru-baru ini, acara tetap menghiburkan.