KISAH suku kaum Orang Asli Borneo yang bakal dipapar mendorong pelakon popular Indonesia Nicholas Saputra menerima tawaran bekerjasama dengan pengarah Dain Iskandar Said dalam filem Interchange.
"Cerita mengenai asal usul suku kaum yang tinggal di Asia Tenggara menarik perhatian saya. Saya tidak pernah mendapat cerita sebegini. Apa lagi, orang asli Borneo agak dekat dengan penduduk Indonesia," kata Nicholas semasa ditemui di Marina Bay Sands kelmarin.