SEGALA macam barangan mahupun perkara termasuk donat bersalut gula ataupun peristiwa hitam lagi menggerunkan mampu mencetus ilham bagi Encik Firdaos Pidau mereka cipta kasut tumit tinggi.
Bagi pemuda berusia 26 tahun ini, misinya menimba ilmu rekaan kasut itu didorong keinginan melihat setiap pemakai kasut rasa yakin diri dan gembira dengan apa yang disarung sebagai pengalas kaki.