Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Adegan mesra Neelofa, Zul Ariffin cetus gosip

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Adegan mesra Neelofa, Zul Ariffin cetus gosip

Feb 23, 2018 | 05:30 AM



GAMBAR yang menunjukkan pelakon Malaysia, Neelofa, melentokkan kepala ke dada rakan pelakon Zul Ariffin menggegarkan dunia pengikut mereka.



Sedang Neelofa, yang nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 29 tahun, menerima kutukan kerana kelakuan mesra itu dianggap tidak sesuai memandangkan sudah bergelar hajah, tidak kurang juga peminat yang berharap beliau dan Zul bukan sekadar digabungkan pada skrin televisyen, bahkan bertemu jodoh di alam sebenar.



Sebenarnya, gambar itu dimuatnaikkan pengarah Michael Ang di Instagram.



Adegan tersebut babak drama Ti Amo, Sweetheart 100 Hari, yang kini dalam proses penggambaran di Rom, Italy.



Drama itu turut dibintangi pengacara dan pelakon Scha Alyahya.



Bagi meredakan perbalahan warga Internet, Ang memuatnaikkan foto mesranya bersama Zul, 31 tahun, dengan meniru aksi sama, lapor Berita Harian Malaysia.



Ang mengusik warga Internet dengan memuatkan keterangan gambar yang berbunyi:



"Itu cuma lakonan! Sila faham 'guys'! 'Chill' sudah!"



Dalam kiriman di Instagram baru-baru ini, Zul menjelaskan, walaupun gambar itu menunjukkan beliau dan Neelofa kelihatan amat selesa dengan satu sama lain, hakikatnya proses penggambaran agak mencabar.



Katanya, apabila dua pelakon yang mungkin tidak biasa dengan satu sama lain perlu berlakon seperti sudah lama berkenalan, keadaan agak "kekok" dan "sedikit memalukan".



"Akhirnya, ia tentang keupayaan menghasilkan di skrin sesuatu yang bukan sahaja manis, boleh dipercayai dan meyakinkan kepada penonton, malah berupaya menyampaikan cerita yang seluruh pasukan telah bekerja gigih satukan," tulis Zul.



Ti Amo, Sweetheart 100 Hari ialah padanan daripada buku tulisan novelis popular seberang Suri Ryana.



Walaupun drama itu baru memulakan penggambaran, peminat sudah pun mencipta tanda pagar #zulofa, yakni gabungan nama Zul dan Neelofa.



Sebelum ini, tanda pagar #lofattah (gabungan nama Neelofa dan pelakon Fattah Amin) dicipta ketika mereka bergandingan dalam drama 'berhantu' Suri Hati Mr Pilot pada 2016.



Neelofa dan Fattah turut bercinta di luar set penggambaran, namun hubungan itu terputus.



Fattah, 27 tahun, bahkan sudah selamat bernikah dengan jelitawan Nur Fazura Sharifuddin, 34 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >