Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Adi tepis dakwaan berpisah dengan isteri kedua

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Adi tepis dakwaan berpisah dengan isteri kedua

Feb 08, 2017 | 05:30 AM



PELAKON Adi Putra menepis dakwaan bahawa beliau sudah pun berpisah dengan isteri keduanya, Norshahida Zolkifly, 33 tahun.



Adi, 36 tahun, sebaliknya berkata hubungan dengan kedua-dua isterinya, termasuk Aida Yusof, 42 tahun, masih baik.



Bintang KL Gangster itu berkata beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung khabar angin kononnya beliau sudah berpisah dengan wanita berkenaan sebelum ini kerana terlalu sibuk dengan kerja seni, selain menguruskan perniagaannya.



"Kalau rumah tangga saya berantakan atau bermasalah, saya tak akan berada di sini sekarang. Saya juga tak akan menerima tawaran berlakon jika ingin melarikan diri kerana saya tahu sudah tentu ada pihak akan bertanya," katanya ketika ditemui di tapak penggambaran drama 60 episod berjudul Dia di Kuala Lumpur kelmarin, lapor Berita Harian Malaysia.



Menurut pelakon dari Singapura itu, beliau sememangnya terlalu sibuk, malah baru sahaja pulang dari Arab Saudi kerana menguruskan keperluan jemaah umrah.



"Sebagai artis, orang nampak dan mengambil tahu mengenai diri saya. Isteri saya bukan artis, jadi apabila dakwaan sebegini timbul, kesannya adalah pada diri saya.



"Dalam dunia seni, bukan sesuatu yang mustahil adanya perasaan dengki dan fitnah. Cuma, macam mana kita hendak menghadapinya?



"Hubungan dengan isteri-isteri saya masih baik dan kami menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.



Adi berkata dalam rumah tangga pasti ada masalah tersendiri, namun ia tidaklah membawa ke tahap berpisah.



"Komunikasi sangat penting dalam perhubungan dan sebagai isteri, mereka perlu tahu kepentingannya bagi mengelakkan sebarang masalah," katanya yang mengakui memerlukan kerjasama pasangan hidupnya dalam mengemudi rumah tangga.



Ditanya mengenai soal anak, pelakon itu berkata segala-galanya berbalik kepada ketentuan Allah.



"Kalau sudah ditakdirkan belum rezeki saya memiliki zuriat sendiri, saya kena reda dan tidak boleh menolak ketentuan Tuhan," katanya.



Hujung Disember tahun lalu, Norshahida dikatakan mengalami keguguran selepas hamil lima minggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >