Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Adlin Aman Ramlie dibebaskan dengan ikat jamin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Adlin Aman Ramlie dibebaskan dengan ikat jamin

Pelakon yang disyaki terlibat dalam kes tipu akan adakan sidang akhbar esok
Jul 23, 2016 | 12:01 PM



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Adlin Aman Ramlie, yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan penipuan pelaburan hartanah telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan.



Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Penolong Pesuruhjaya Kanan Roslan Abd. Wahid berkata, pelakon berusia 44 tahun itu dibebaskan petang semalam setelah ditahan dalam Op Nuri di rumahnya di Cyberjaya dekat sini kelmarin.



"Kita telah mengambil keterangan Adlin dan pihak polis berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan pelakon berkenaan. Dia kini telah dibebaskan di bawah jaminan polis.



"Bagaimanapun, kita tetap akan menjalankan siasatan terhadap Adlin mengenai peranannya dalam kegiatan pelaburan haram ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini awal pagi tadi.



Menurut Roslan, 13 individu lain termasuk dua individu bergelar Datuk Seri dan Datuk masih ditahan reman selama 21 hari. Akhbar hari ini melaporkan Adlin antara 14 ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes sindiket penipuan pelaburan yang dipercayai 'memperoleh' lebih RM10 juta ($3.34 juta) daripada ahli untuk dilaburkan dalam pelaburan hartanah.



Pelakon itu ditahan kerana didakwa menyediakan rumah untuk melindungi dua dalang sindiket itu. Tujuh individu termasuk seorang bergelar 'Datuk Seri' ditahan di Kelantan, tiga termasuk seorang 'Datuk' dan pelakon itu di Selangor, dua lagi di Pahang dan Melaka manakala dua lagi di Pulau Pinang.



Difahamkan, syarikat itu dengan singkatan HG ditubuhkan untuk 'membantu' mereka yang gagal dalam perniagaan bagi menjana pendapatan pasif dengan melabur wang mereka dalam bentuk dana dan kemudian dilaburkan dalam hartanah dengan keuntungan diagihkan kepada ahli-ahlinya mengikut jumlah yang dilaburkan.



Sementara itu, Adlin berkata, beliau akan mengadakan sidang akhbar khas pada Ahad ini (esok) bagi menjelaskan isu penahanannya.



"Saya rancang untuk adakan sidang akhbar di sebuah stesen televisyen swasta bagi menjelaskan isu sebenar berkenaan berita isu penahanan saya itu," katanya. - Utusan Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >