Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aduh... bibikku seorang penyanyi!

Sep 19, 2018 | 05:30 AM



WATAKNYA sebagai seorang pembantu rumah Indonesia, Wiwik, dalam siri drama Aduh... Bibikku! banyak memberi kesan kepada penonton.



Manakan tidak, watak tersebut yang dimainkan Endang Rahayu Ruslan, sering mencuit hati ramai dengan gelagatnya yang candi dan bersahaja.



Namun, siapa sangka, di sebalik lakonan yang mantap, Endang turut bergiat aktif dalam bidang nyanyian.



Bahkan, wanita berusia 31 tahun itu akan melancarkan single pertama beliau Oktober ini.



"Saya sebenarnya sudah aktif dalam bidang nyanyian sejak berusia 15 tahun lagi dan menyumbangkan suara dalam acara keramaian seperti majlis perkahwinan.



"Antara 2010 dengan 2013, saya melibatkan diri bersama beberapa band seperti Vibes dan Back To Basic sebelum berhenti pada 2014 bagi menumpukan perhatian kepada bidang lakonan.



"Saya kembali melibatkan diri dengan kumpulan E.N.T. pada 2016 sebagai pengganti penyanyi mereka yang mengambil cuti bersalin.



"Kini, saya hanya seorang penyanyi sambilan bersama mereka," kongsi Endang.



Mengulas tentang peluang yang diterima untuk melancarkan single pertama beliau, Endang berkata:



"Sebenarnya, saya tidak lagi memberi tumpuan kepada bidang nyanyian.



"Namun, sewaktu menonton sebuah persembahan di Kelab Cuba Libre, mereka mengajak saya untuk 'jam' bersama.



"Ketika itu, seorang komposer dari Colombia, Alex Perez, bertemu saya. Beliau ingin saya nyanyikan sebuah lagu yang digubah khas buat isteri beliau yang merupakan seorang warga Indonesia."



Meski tidak lagi aktif dalam bidang nyanyian, Endang menganggap ia adalah satu peluang yang baik dan tidak mungkin dapat diterima lagi.



"Saya mengambil masa setahun untuk memberi kata putus kepada Alex memandangkan saya sibuk dengan penggambaran Aduh... Bibikku!



"Malah, kami hanya membuat rakaman awal tahun ini," kongsi Endang.



Menurut beliau, lagu yang ditulis dalam bahasa Indonesia itu menceritakan kasih sayang Alex kepada isterinya.



Bagaimanapun, bagi Endang, ia turut menceritakan pengorbanan dalam percintaan.



"Ia adalah sebuah lagu yang boleh dikaitkan dengan mereka yang sedang bercinta. Banyak pengorbanan perlu dilakukan dalam fasa itu," katanya.



Endang turut berkongsi bahawa beliau tidak kisah jika single berjudul Mencintaimu itu akan menerima sambutan yang baik atau tidak.



"Memandangkan ini kali pertama saya melancarkan lagu, tidak kisah jika ia berjaya atau tidak, kerana yang penting saya telah mencuba," tambahnya.



Biarpun begitu, Endang tidak menafikan bahawa jika diberi peluang, beliau berharap single berkenaan boleh menjadi batu loncatan baginya untuk terlibat dalam kerjaya nyanyian.



"Saya ingin menjadi seorang anak seni yang serba boleh. Saya tidak mahu mengehadkan diri kepada bidang lakonan sahaja.



"Saya turut mahu berjaya dalam bidang nyanyian dan tarian," kata Endang yang juga merupakan seorang guru tarian Melayu di beberapa sekolah.



Bagi single yang akan dilancarkan pada 7 Oktober ini, Endang berharap ia akan dapat diterima masyarakat.



Ditanya tentang perkembangan terkini, Endang berkata bahawa selain nyanyian, beliau turut sibuk dengan pengambaran bagi siri drama terbaru Sribella yang akan ditayangkan tidak lama lagi.




"Saya ingin menjadi seorang anak seni yang serba boleh. Saya tidak mahu mengehadkan diri kepada bidang lakonan sahaja. Saya turut mahu berjaya dalam bidang nyanyian dan tarian."
- Endang Rahayu Ruslan atau lebih dikenali sebagai Wiwik dalam drama 'Aduh... Bibikku!' aktif menyanyi sejak berusia 15 tahun dan merupakan guru tarian Melayu di sekolah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >