PENGALAMAN dan peluang mengerjakan umrah memang tiada galang gantinya. Setiap kali menjadi tetamu Allah swt di tanah suci, pengalaman itu pasti berlainan daripada sesudahnya.
Segala perasaan ketika dalam dakapan ibadah itu dirakam penulis lirik mapan Encik Mohd Khair Mohd Yasin dan penyair Cik Faridah Taib. Masing-masing menghasilkan 33 puisi berdasarkan pengalaman mereka di sana selang sebulan mereka pulang.