SELAGI hayat masih ada, legenda seni suara dan dunia perfileman Melayu di Singapura dan Malaysia masih bersemangat mengimbau nostalgia sambil bertemu peminat mereka dalam suasana santai.
Lantaran itu, mereka diberi ruang oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Agrobazaar Malaysia di Singapura, dalam menganjurkan kegiatan kesenian sebagai kesinambungan kepada bakat yang mereka miliki sekian lama.