Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

AIMAN: Usah nilai saya pada paras rupa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

AIMAN: Usah nilai saya pada paras rupa

Jul 29, 2018 | 05:30 AM



SEBELUM ini, pencinta drama Melayu hanya mampu menonton gelagat pelakon tampan Aiman Hakim Ridza dalam siri drama cinta gila-gila, Girlfriend Aku Dari Neraka dan Vanila Coklat.



Namun, tidak lama lagi, karisma dan warna-warni perwatakannya dapat anda rasakan dalam dua projek telefilem berasingan kendalian syarikat penerbitan Singapura, Flipside Stories.



Beliau adalah pelukis yang berjaya secara duniawi tetapi sering dihantui mimpi buruk dalam telefilem seram Damia bagi siaran aplikasi Toggle pada 6 September ini.



Watak penganjur acara yang menyorok penyakit ketumbuhan otak dalam dirinya memperkasa seorang gadis buta pula diterajui dalam telefilem Mekah Di Hati sempena Hari Raya Haji di saluran Mediacorp Suria pada 22 Ogos ini.



Tatkala ditanyakan tentang peluang keemasan dilamar berlakon di Singapura, Aiman, 29 tahun, memberitahu Gah!:



"Lamaran itu datang agak lama juga. Pastinya saya teruja apabila dalam sekelip mata, saya mempunyai dua projek untuk diusahakan bersama Flipside Stories.



"Keserasian dapat dirasakan antara saya dengan pihak penerbitan. Razi Salam sebagai pengarah tahu apa yang beliau mahukan dalam sebuah telefilem.



"Saya juga senangi cara beliau menyulam jalan cerita dua telefilem yang saya jayakan dengan pasang surut emosi watak Reza dalam Damia serta Hakim dalam Mekah Di Hati.



"Plot sebeginilah yang saya cari-cari setelah sering distereotaip dengan watak hero tampan yang bijak memikat gadis atau anak orang kaya yang lahir sahaja dalam keadaan serba mewah.



"Tahukah anda menjadi anak orang kaya adalah perkara paling membosankan? Dia lahir dengan penuh kesenangan. Tak ada cabaran dalam hidupnya. Saya penat membawakan watak sebegitu."



Aiman ditemui ketika menjalani penggambaran Damia bersama pelakon asal Singapura, Nur Atikah Suhaime, di sebuah flat sekitar Hougang Avenue 8.



Selang beberapa minggu selepas itu, beliau ke set penggambaran Mekah Di Hati di beberapa lokasi serata Singapura. Gandingannya merupakan pelakon filem Banting, Izyan Mellyna, dan pelakon drama Gunting, Yuslina Yussof.



Tidak dapat dinafikan Aiman, yang dilahirkan di Johor Bahru dan awalnya dikenali sebagai penyanyi dalam program realiti Mentor Musim 5, disanjung ramai kerana paras rupa yang segak serta 'mencairkan' wanita.



Beliau, bagaimanapun, kurang selesa dicap sebagai pelakon kacak atau dipilih berlakon dalam sesuatu drama mahupun filem dek paras rupa semata-mata.



"Secara jujur, saya lebih senang kalau bakat, personaliti dan kemahiran lakonan saya menjadi kayu ukur kejayaan saya berbanding ketampanan wajah.



"Ada lebih yang mampu kita terokai dalam diri seseorang individu daripada rupanya di mata kasar.



"Sayangnya, pendekatan industri filem Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina masih terikat dengan pemilihan pelakon berdasarkan paras rupa yang tampan atau cantik.



"Kita belum dapat pecahkan tembok pemikiran bahawa gaya lakonan seseorang itu jauh lebih penting daripada wajahnya. Ideologi dunia seni Barat pula berbeza. Pelakon hebatnya tak semestinya yang nampak cantik atau tampan.



"Watak hebat turut diberi kepada mereka yang memiliki karisma dan penghayatan dalam lakonan. Saya sendiri mahu kemajuan dalam kerjaya saya. Saya inginkan watak-watak yang menguji keberkesanan teknik dan penyampaian lakonan saya. Saya enggan dipilih bagi sesuatu projek hanya kerana dicap lawa atau tampan," katanya lagi.



Ditanya tentang gandingan bersama pelakon Singapura, Atikah dan Izyan, beliau berkata: "Saya kenal Atikah daripada gandingan kami dalam projek di Malaysia. Beliau profesional, ceria, tak meragam dan senang diajak berbincang.



"Melihat rekod kerja Izyan yang saya amati pula, tidak dapat dinafikan betapa kagumnya saya dengan kebolehan wanita bertubuh kecil molek ini.



"Tak ramai pelakon wanita termasuk di Malaysia, yang mempunyai karakter tersendiri dan hidup identitinya setiap kali pengarah kata 'Action!'



"Tapi Izyan ada dinamisme dan beliau juga pelakon yang mampu menyesuaikan dirinya dengan sekitaran. Orangnya ramah dan jenis yang mudah bekerja secara berpasukan."




"Kita belum dapat pecahkan tembok pemikiran bahawa gaya lakonan seseorang itu jauh lebih penting daripada wajahnya. Ideologi dunia seni Barat pula berbeza. Pelakon hebatnya tak semestinya yang nampak cantik atau tampan."
- Pelakon Aiman Hakim Ridza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >