SEJAK memenangi gelaran juara Gegar Vaganza 4 (GV4), Aishah gigih berinteraksi dengan peminat sebaya mahupun lebih muda di laman Instagram.
Beliau malah bakal menghadiahkan peminatnya dengan peluang meminta lagu secara langsung menerusi sesi Instagram Live yang dijadualkan ke udara hari ini sempena hari lahirnya yang ke-53 tahun.