KEMELUT antara Aishah dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman, atau Vida, terus berpanjangan apabila penyanyi itu memberi tempoh tujuh hari kepada Vida berhubung hadiah barang kemas yang didakwa palsu selain permohonan maaf.
Aishah menerusi peguamnya, Mohammad Izwan Azmi, memberitahu laman mStar Online, ahli perniagaan tersebut perlu bertanggungjawab terhadap hadiah yang dihebohkan selepas Aishah menjuarai Gegar Vaganza musim keempat.