"Abang, masih inspirasi saya,"
Demikian luahan adik penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz apabila diminta komennya berhubung kes mahkamah yang ditimpa abangnya baru-baru ini.
Baginya, penglibatannya dalam dunia muzik hari ini adalah kerana sokongan dan dorongan yang diberi abangnya selama ini.
Biar apa pun tohmahan yang dilempar ke atas abangnya di laman media sosial terutamanya, Aisyah menekankan beliau tidak pernah mengendahkan semua itu.
"Saya hormat dia sebab dia tetap abang saya. Bagi saya juga, beliau merupakan penyanyi yang baik," jelas Aisyah yang ditemui selepas memenangi Anugerah Kolaborasi Terbaik (Lagu) bagi single terbarunya, Mimpi semasa Anugerah Planet Muzik 2014 Jumaat lalu.
Laporan lanjut di Berita Harian esok.