Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Gaya Hidup0

Akan datang

Feb 01, 2020 | 05:30 AM

'Roadshow' Suria 20 Khas Untukmu

- Butiran: Hari ini, antara 2.30 petang dengan 5.30 petang di Aras 1 Persada Budaya, Wisma Geylang Serai (WGS)

- Pengacara: Fadli Kamsani dan Farhana M Noor

- Bakat Singapura: Jatt Ali, Hady Mirza (foto atas), Aisyah Aziz, Alif Abdullah, Farhan Shah, Rahila Rashun, Sufi Rashid, Hyrul Anuar, Fauzie Laily, Syed Azmir, Kumpulan Limited Edition, Kumpulan Andika

- Acara temu mesra bersama pelakon Couple Cosmo, Nina Halim, Suzairhe Sumari, Shahril Wahid, Tammie Cjew, Atty Malek dan Nik Aqimi

- Pelakon Saga, Imam Shah, Hannah Delisha dan Hasnul Rahmat

- Pengacara Suria Elektra, Najip Ali, Nurul Aini dan Khairudin Samsudin

- Cendera hati eksklusif bagi 500 pengunjung pertama selagi stok masih ada.


Ghazal Balik Panggung

- Dipersembahkan: Orkes Melayu Mutiara

- Butiran: 23 Februari, 6.45 malam dan 8 malam di Teater Luar Esplanade

- Orkes Melayu Mutiara memasyarakatkan muzik ghazal di Singapura sambil memaparkan lagu 'Pak Ngah Balik', 'Sembawa Balik' dan 'Airmata Hati'.

- Anda dapat menikmati pelbagai jenis ghazal, baik rok ghazal, pop ghazal, muzik tradisional asli mahupun dangdut.


Gading

- Dipersembahkan: Sriwana

- Butiran: 6 Mac (3 petang dan 8 malam), 7 Mac (8 malam) di Studio Teater Esplanade

- Tiket berharga $25 (orang awam) dan $18 (pelajar, anggota Perkhidmatan Negara dan warga emas) boleh ditempah menerusi talian, laman dan kaunter Sistic

- Gading adalah karya tarian kontemporari yang berasaskan kebudayaan Melayu dan pergerakan tarian tradisional, diilhamkan daripada keindahan ciri-ciri bahan semula jadi.

Di samping sambutan ulang tahun Sriwana yang ke-65, Aidli Mosbit diundang menjadi 'dramaturg' ahli reka tari Sriwana, iaitu Zannury Zakarea, Aziela Abdul Rahim dan Juhari Zaid.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian