Akhmar kenang memori sayu Ramadan lalu
Jun 19, 2016 | 05:30 AM
KESEDIHAN menyelinap di hati pengacara dan pelakon Nurul Akhmar Elias pada 1 Ramadan minggu lalu kerana beliau tidak berpeluang berbuka bersama ibu bapanya dek kesibukan penggambaran drama Kemelut.
Ingatannya menerawang kembali, mengingati tempoh mencabar pada 1 Ramadan tahun lalu apabila ibunya yang dilanda radang paru-paru terlantar di Hospital Khoo Teck Puat selama dua minggu.