Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Aktres Kajol diukur bagi patung lilin di Madame Tussauds Singapore

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aktres Kajol diukur bagi patung lilin di Madame Tussauds Singapore

Jan 19, 2018 | 05:30 AM



PEMINAT bintang Bollywood, Kajol, bakal dapat bergambar selfie dengan patung lilinnya di Madame Tussauds Singapore mulai tahun ini.



Patung itu akan diletakkan di bahagian IIFA Awards Experience atau Pengalaman Anugerah Akademi Filem India Antarabangsa di muzium lilin di Imbiah Lookout Sentosa itu.



Patung Kajol adalah patung bintang Bollywood ketujuh yang diletak dalam zon interaktif tersebut.



Patung lilin Madhuri Dixit, Shah Rukh Khan, Amitabh Bachchan, Aishwarya Rai, Kareena Kapoor, Hrithik Roshan dan Anil Kapoor juga disertakan di situ.



Menurut kenyataan Madame Tussauds Singpapore semalam, pasukan pengukir muzium itu telah ke Mumbai bagi menemui Kajol dan mengambil lebih 200 ukuran pelakon terkenal itu.



Pasukan itu juga memadankan warna mata dan rambut Kajol bagi memastikan patung lilin yang dihasilkan benar-benar mewakili selebriti tersebut.



"Ia adalah proses luar biasa. Kira-kira empat jam diambil untuk melakukan kerja mengukur dan mendapatkan semua butiran. Mereka sedang mengusahakan setiap butiran kecil dan saya tidak sabar melihat hasilnya di Singapura!" kata Kajol.



Setiap patung lilin mengambil sekurang-kurangnya tiga bulan untuk disiapkan dan berharga lebih $300,000.



Pengurus besar Madame Tussauds Singapore, Encik Craig Connor, berkata pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Kajol.



"Kehadirannya di kalangan bintang Bollywood lain akan menjadi aset besar dalam sekitaran anugerah itu," kata Encik Connor.



Madame Tussauds Singapore memulakan kerjasama dengan IIFA April lalu apabila ia mengubah zon Bollywood ke zon Pengalaman Anugerah IIFA yang membolehkan pengunjung melalui semula kegemilangan majlis anugerah itu.



Anugerah IIFA mengiktiraf kecemerlangan teknikal dan artistik karyawan dalam industri filem Bollywood.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >