ARTIS SETEMPAT DAN PELBAGAI PENYAKIT KAKI - KENCING MANIS
Alias Kadir ubah pemakanan, jalani gaya hidup sihat
Jun 16, 2019 | 05:30 AM
SELEPAS dua tahun kehilangan kaki kirinya akibat kencing manis, pelawak Alias Kadir, 56 tahun, kini bersungguh-sungguh menjalani kehidupan gaya sihat.
Alias memberitahu Berita Minggu beliau kini banyak mengurangkan makanan dan minuman bergula dan berkanji dan kini berasa lebih sihat.