Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Aliff Aziz sudah berdamai, minta maaf kepada isteri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aliff Aziz sudah berdamai, minta maaf kepada isteri

Aug 01, 2017 | 05:30 AM



KISAH kemelut rumah tangga penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz, yang bermain di bibir pengamat dunia hiburan hujung minggu lalu, telah menuju jalan damai.



Dalam satu sidang akhbar di Hotel The Roof Garden di Bukit Jelutong, Shah Alam, semalam, Aliff, 26 tahun, berkata beliau telah meminta maaf kepada isterinya, Bella Astillah, 23 tahun, selepas dibebaskan atas jaminan polis pada Sabtu lalu.



Permohonan maafnya pula diterima Bella dengan kededuanya sepakat ingin membina hidup baru bersama cahaya mata mereka yang baru lahir, Mohamad Ayden Adrean.



Sidang akhbar semalam berlangsung di lokasi pernikahan Aliff dan Bella pada 9 September lalu dan disiar secara langsung di beberapa laman Facebook media.



Pada Khamis lalu, Aliff ditahan di Balai Polis daerah Cheras untuk siasatan selepas dilaporkan mengasari Bella di sebuah pusat karaoke.



BELLA, IBU CARI ALIFF



Dalam kejadian pada kira-kira 4.30 petang Khamis lalu, Bella bersama ibunya mencari Aliff dan mendapati beliau bersama seorang wanita bernama Nur Afifah Nasir di pusat hiburan tersebut.



"Sebagai manusia biasa saya tidak lepas daripada membuat kesilapan dan saya akui melakukan perkara itu atas sebab-sebab yang tidak dapat saya jelaskan.



"Apa yang saya boleh katakan, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Perkara sebenarnya hanya saya dan dia (Afifah) sahaja yang tahu," ujarnya.



Aliff, yang banyak menggunakan bahasa Inggeris dalam sidang media itu, berkata bahawa apa yang berlaku adalah satu kesilapan besar dalam hidupnya.



"Saya akan menjadikannya satu iktibar. Saya sangat-sangat kesal," kata Aliff dalam sidang akhbar itu.



Beliau juga bersyukur kerana isterinya telah menarik balik laporan yang dibuat.



Pelantun lagu Sayang-Sayang itu juga berkongsi pengalaman semasa berada di lokap selama dua malam yang disifatkannya sebagai "dua malam yang terlalu panjang".



Beliau juga mengakui pengalaman ditahan di lokap "sangat-sangat menginsafkan" sehingga membuat beliau begitu sedih.



"Saya mengenang semua yang berlaku dan menilai perjalanan hidup saya. Saya berdialog dengan Allah dan merayu. Saya kenang jasa isteri saya. Beliau merupakan seorang yang sabar dengan setiap tingkah laku saya dan saya tak mahu kehilangannya," kata Aliff.



Dalam kesempatan itu, Aliff turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan memukul isterinya dalam kejadian tersebut.



Katanya, kecederaan yang dialami oleh Bella adalah akibat pergelutan yang berlaku antara mereka. Malah, beliau tidak berniat mencederakan isterinya itu.



TIDAK PUKUL, CUMA KASARI



"Dakwaan saya pukul isteri seperti yang ditulis di akhbar sangat berat buat saya. Saya tidak pukul Bella, malah kenyataannya di dalam laporan itu hanyalah mengasari tanpa sengaja.



"Saya bukan jenis manusia kaki pukul dan tidak pernah sekali pun memukul siapa-siapa dengan sengaja," ujar Aliff.



Bella juga mengakui suaminya sebelum ini tidak pernah berkasar terhadapnya, bahkan menyifatkan Aliff sebagai "suami yang bertanggungjawab".



Aliff sekali lagi meminta maaf kepada semua pihak terutama isterinya dan ahli keluarganya atas kejadian memalukan itu.



Malah, beliau juga meminta maaf kepada keluarga Afifah yang turut terkesan dengan kontroversi itu.



Selepas ini, kata Aliff, beliau mahu isterinya sentiasa berada di sisisnya dan menemaninya di lokasi penggambaran.



Menjawab pertanyaan wartawan, Bella, yang kelihatan sayu wajahnya, berkata beliau bersedia memaafkan Aliff demi masa depan anaknya.



"Saya maafkan Aliff tetapi untuk melupakan apa yang telah berlaku, ia akan mengambil masa yang lama. Tetapi saya tak boleh bersikap pentingkan diri saya hanya kerana saya marah. Saya tak mahu anak kami besar tanpa kasih sayang ayahnya," kata Bella.



Bella juga berterima kasih kepada ibu bapa dan keluarganya kerana memahami kemahuannya agar kembali menerima Aliff.



"Saya harap peminat akan maafkan Aliff sebagaimana saya maafkan dia," ujar Bella.



Sementara itu, Aliff sempat meluahkan rasa kecewanya terhadap sebahagian orang dalam kru produksi sebuah penerbitan drama yang beliau terlibat kerana bersikap sebagai "penyampai maklumat" biarpun niatnya baik.



"Kalau betul mahu membantu isteri saya menjaga keharmonian rumah tangga, janganlah bersikap menjaga tepi kain orang dan menjadi penyampai.



"Anda tidak membantu sebenarnya tetapi mengeruhkan keadaan kerana banyak salah sangka berlaku," kata Aliff.



Ditanya tentang Afifah, Aliff berkata belau berharap pihak pelakon wanita itu akan berfikiran sama agar mengaku bersalah.



Aliff berkahwin dengan Bella pada September tahun lalu dan baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata pada 8 Julai lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >