Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Aliff doa ada jodoh lagi dengan Bella

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aliff doa ada jodoh lagi dengan Bella

Jun 25, 2019 | 04:38 PM



"BELLA seorang wanita yang kalau saya cari lain pun selepas ini, pasti takkan jumpa sepertinya," kata penyanyi Aliff Aziz mengenai keperibadian bekas isterinya, penyanyi Bella Astillah.


Terdahulu, Aliff, 28, tampil dalam temubual secara eksklusif di telefon bersama Geng Pagi Hot, stesen radio Hot FM, pagi tadi.


Menurut laporan media Malaysia, pelakon drama Meh Sandar Pada Aku itu turut menitip ucapan terima kasih tidak terhingga buat Bella yang diakuinya sentiasa ada bersama ketika dia melalui fasa jatuh bangun, susah senang dalam kerjaya seninya dahulu.


Menurut penyanyi lagu Sayang Sayang itu lagi, dia sedar sepatutnya menunjukkan perkara yang baik sebagai suami dan bapa.


Katanya, dia manusia yang angkuh serta mengambil mudah dan remeh perasaan serta kebaikan Bella ketika itu.


"Kini, saya juga tahu ramai orang bertepuk tangan dan ada juga yang mengatakan saya berhak mendapatkan balasan sebegini.


"Apapun, saya sangat berterima kasih dengan Bella kerana sanggup bersama saya selama lima tahun ini.


"Saya juga minta maaf dari hujung rambut sampai kaki pada Bella dan keluarganya di atas segala kesilapan yang sudah dilakukan," katanya.


Meskipun dalam keadaan sebak menitipkan ucapan buat bekas isterinya, Aliff berkata, dia juga sentiasa berdoa semoga ada jodoh lagi buat mereka.


"Jodoh ditentukan Allah dan saya harus terus berdoa semoga ada peluang kedua dalam perhubungan kami," katanya.


Katanya, dia kini masih dalam tempoh berehat bersama keluarga di Singapura untuk menguatkan diri meneruskan hidup serta sangat merindui anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean, 2.


Selain ucapan buat Bella, Aliff juga memberi penjelasan mengenai kontroversi video perbualan telefonnya yang tular termasuk lukisan tatu di badan.


Katanya, rakaman video itu bukan aksi lakonan tetapi berbincang dengan seseorang untuk menyelesaikan masalah yang berlaku sesama mereka.


Manakala, lukisan tatu pula Aliff masih tegas dengan jawapannya sebelum ini bahawa ia dicacah dengan inai oleh seorang rakannya.


Selain itu, Aliff juga mendakwa dirinya menjadi mangsa dianiaya akibat kesilapan memilih rakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >