Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Aliff Syukri marah lakonannya dikritik

Gaya Hidup
31
0

Aliff Syukri marah lakonannya dikritik

Feb 24, 2018 | 03:17 PM

JUTAWAN kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri menerima kritikan dari netizen berkenaan peranannya dalam filem terbarunya, Badang. 

Menurut akhbar seberang tambak, The New Straits Times, Aliff, 30 tahun, baru-baru ini memuatnaikkan video dirinya bertanyakan apa salahnya sehingga terpaksa menerima kritikan seperti itu. 
 
“Sakit hati mendengar semua (kritikan) yang dilontarkan kepada saya. Saya bangun pagi dah tak tenteram. Sebaik saya bangun pagi sahaja, saya rasa sakit hati. Apa salah saya?” katanya. 

Aliff turut menyatakan betapa beliau bekerja keras untuk filem tersebut dan orang ramai sepatutnya menghargai kerja kerasnya itu. 

Beliau juga mendakwa bahawa filem itu adalah “filem dan karya seni terbaik” yang setanding dengan filem-filem lain 
Beliau juga menambah bahawa ia juga dapat menandingi filem Marvel Black Panther. 

“Awak belum melihat filem saya, tetapi awak dah menyerangnya.

“Jika awak berada dalam kedudukan saya, bagaiaman awak rasa? Kesabaran saya ada hadnya, jangan melebih,” kata pengasas D'Herbs Healthy Sdn Bhd itu.  

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3