Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Amalkan pemakanan sihat selepas dua kali kena barah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Amalkan pemakanan sihat selepas dua kali kena barah

Dapat sokongan keluarga, cadang hantar anak-anak jalani pemeriksaan
Sep 26, 2018 | 05:30 AM



PADA usia 32 tahun, sedang ramai ibu sibuk dengan kerjaya selain keluarga termasuk anak, Cik Heiren Mira Mokhtar, pula terpaksa memikirkan tentang isu kesihatan yang dialaminya.



Sebabnya, dalam usia semuda itu, ibu tiga anak itu telah pun menghidap barah buah dada sehingga menyebabkan buah dada kirinya yang terjejas terpaksa dibuang.



Kesihatannya bertambah baik selepas itu.



Disangka panas hingga petang, rupanya hujan di tengah hari.



Sekitar lapan tahun kemudian, sel barah dikesan pula pada tempurung kepalanya.



Akibatnya, sebahagian kecil tempurung kepala sebelah kanan beliau terpaksa dibuang pula.



Kini, meskipun keadaannya lebih mantap, namun Cik Mira - nama panggilannya - berasakan dirinya berasa lebih lemah berbanding sebelum ini.



"Sebelum ini saya tidak sangka saya akan alami penyakit itu.



"Tahu-tahu sahaja terasa sakit pada bahagian yang terjejas.



"Selepas jalani pemeriksaan menyeluruh, barulah sel barah itu dikesan, dan sudah berada pada tahap kedua," kongsi suri rumah itu lagi.



Kini pada usia 42 tahun, Cik Mira berasakan dirinya cepat terasa lemah dan perlu memakan ubat sepanjang hayatnya.



Meskipun tiada larangan pemakanan, namun beliau sering amalkan pemakanan sihat selain mengurangkan sajian yang mengandungi daging.



Pada masa sama, beliau juga bercadang menghantar anak-anaknya bagi pemeriksaan menyeluruh tidak lama lagi.



"Setahu saya, saudara mara terdekat tidak menghidap barah, tapi saya tetap boleh menghidapnya.



"Jadi saya bimbang sekiranya anak-anak juga akan menghidapnya.



"Sebelum terlewat, saya akan hantar mereka untuk pemeriksaan juga," ujar anak kedua empat beradik itu lagi.



Meskipun cepat berasa penat, namun Cik Mira masih menguatkan diri untuk menjalani kehidupan harian secara biasa.



Beliau tetap ke pasar, memasak, dan membersihkan rumah selain menghabiskan masa hujung minggu bersama suami dan anak-anak.



Suaminya, Encik Norizan Abu, 46 tahun, merupakan satu-satunya pencari nafkah selaku seorang penghantar barangan, sementara anak-anaknya yang berusia antara 14 dengan 18 tahun masih bersekolah.



Pada masa ini, keluarga itu hanya menerima bantuan daripada pihak sekolah anak-anak mereka.



"Meskipun kurang sihat, saya bertuah kerana masih mempunyai suami yang memberi dorongan dan sokongan kepada saya.



"Sebabnya saya ada dengar kisah suami yang tinggalkan isterinya yang menghidap penyakit barah seperti saya.



"Kasihan saya dengar begitu," katanya.




"Sebelum ini saya tidak sangka saya akan alami penyakit itu.

Tahu-tahu sahaja terasa sakit pada bahagian yang terjejas.

Selepas jalani pemeriksaan menyeluruh, barulah sel barah itu dikesan, dan sudah berada pada tahap kedua."

- Cik Heiren Mira Mokhtar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >