Aman Aziz sulit dendang 'Sulit' kerana teringat kisah patah hati
Apr 24, 2019 | 05:30 AM
RAMAI yang menantikan penyanyi muda dari alumni Akademi Fantasia (AF) 2014, Aman Aziz, mendendangkan lagu popularnya, Sulit, di acara Malam Ikon Pujaan 2019, baru-baru ini.
Namun Aman, yang nama sebenarnya, Mohammad Razman Abdul Aziz, 25 tahun, memberitahu penulis, lagu itu payah didendangkannya kerana ia ibarat membuatkan luka lama berdarah semula.