Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Amrin: Kempen 'Cukup Manis' HPB terima sambutan 'manis' masyarakat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

MENYAMBUT SYAWAL

Amrin: Kempen 'Cukup Manis' HPB terima sambutan 'manis' masyarakat

Jul 03, 2019 | 05:30 AM

SIKIT-SIKIT lama-lama jadi bukit.

Pepatah itulah yang disebut Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, dalam menggambarkan usaha masyarakat Melayu/Islam mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang Ramadan dan Syawal.

Berucap dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri karyawaan penjagaan kesihatan di bangunan Academia @ SingHealth di College Road Jumaat lalu, beliau berkata:

"Bak peribahasa Melayu sikit-sikit lama-lama jadi bukit, saya gembira bahawa masyarakat kita semakin sedar akan peri pentingnya kurangkan gula.

"Ini saya dapati sudah menjadi buah mulut orang apabila kita saling mengunjungi semasa Hari Raya.

"Marilah kita sama-sama terus berusaha mencapai matlamat mahu mewujudkan masyarakat sihat suatu kenyataan."

Kempen Kita Dah Cukup Manis, Kurangkan OK? kelolaan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dijalankan sepanjang Ramadan dan Hari Raya.

Kempen itu bertujuan mendidik dan menggalak masyarakat Melayu supaya minum minuman kurang gula.

Encik ZAmrin, yang menyifatkan kempen tahun ini sebagai lebih rancak berbanding tahun sebelumnya, mengulas sambutan baik yang diterima kali ini.

"Kempen Kita Dah Cukup Manis telah mendapat sambutan sangat 'manis' daripada anggota masyarakat.

"Kami mendapat sokongan daripada bukan sahaja masyarakat kita, malah pengendali gerai dan pasar raya. Kami melihat jumlah minuman kurang manis semakin meningkat," katanya.

Antara lain, sokongan kukuh daripada pihak masjid, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dan akar umbi menyumbang kepada kejayaan kempen tahun ini.

Sebanyak 21 masjid dan 11 kumpulan qariah menggunakan sekitar 2,000 kilogram beras perang untuk menganjurkan jamuan berbuka puasa lebih sihat.

Sehubungan itu, beliau berkata bahawa kempen tersebut menunjukkan perkembangan baik dalam mengubah tahap kesihatan anggota masyarakat Melayu/Islam.

Namun, lebih banyak lagi yang harus dilaksanakan, tambahnya.

"Banyak lagi harus diperbaiki meskipun kesedaran itu semakin meningkat.

"Kita akan bekerja keras dalam masa beberapa bulan akan datang bagi mengajak lebih ramai pengendali gerai menghidangkan lebih banyak masakan sihat tapi tetap sedap," ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3