Amy Search kecam Aliff Syukri sengaja cari publisiti

PENYANYI legenda Amy Search memberi teguran keras kepada Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman ekoran video dansa yang dianggap keterlaluan yang dimuat naik usahawan kosmetik itu di Instagram baru-baru ini.

Amy menerusi ruang komen menganggap perbuatan Aliff itu langsung tidak menunjukkan rasa hormat kepada dirinya sendiri.

"Maaf Datuk, sedang umat Islam memanjatkan doa tapi Datuk memanjatkan video promo berunsurkan lucah sambil ketawa melekek-lekek tengok...

"Langsung tidak menghormati diri sendiri," tulis Amy di laman media sosialnya.

Sebelum ini, Datuk Aliff dikecam netizen gara-gara memuatnaik dansa untuk lagu terbarunya, Semalam Bobo Dimana yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha.

Lagu Semalam Bobo Dimana merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna, yang berkolaborasi dengan Aliff dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Video sepanjang 34 saat itu dimuat naik di Instagram Aliff Syukri dua hari sebelum Aidiladha dan menunjukkan usahawan kosmetik itu bersama dengan Lucinta dan Sajat menyanyi sambil menari mengikut rentak lagu dangdut tersebut.

Namun, tarian itu disifatkan agak keterlaluan apabila Lucinta dan Sajat tampil berpakaian seksi.

Selain Amy, beberapa personaliti turut mengecam tindakan Datuk Aliff itu termasuk Wardina.

Datuk Aliff, yang telah memadamkan video tersebut ekoran kritikan ramai itu, dalam 'posting' terkininya meminta maaf jika perbuatannya tidak disukai ramai.

Mengulas komen Wardina dalam posnya, Datuk Aliff berkata:

"Terima kasih Kak Dina (Wardina)... atas teguran dan kasih sayang Kak Dina kepada saya dan isteri.

"Ya saya akui kesilapan saya dan apa yang Kak Dina cakap itu saya terima cuma saya buat atas tuntutan kerja yang telah termaktub dalam kontrak," katanya.


"Maaf Datuk, sedang umat Islam memanjatkan doa tapi Datuk memanjatkan video promo berunsurkan lucah sambil ketawa melekek-lekek tengok... Langsung tidak menghormati diri sendiri."
- Amy Search mengenai video dimuat naik Aliff Syukri yang dikatakan tidak menghormati sambutan Aidiladha.


i kesilapan saya dan apa yang Kak Dina cakap itu saya terima cuma saya buat atas tuntutan kerja yang telah termaktub dalam kontrak."
- Datuk Aliff Syukri mengulas komen pelakon Wardina.

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
3 HR PSI: 68
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.