Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Amyra Rosli hamil anak kedua, hadiah ulang tahun bermakna bagi Amar Baharin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Amyra Rosli hamil anak kedua, hadiah ulang tahun bermakna bagi Amar Baharin

Jul 01, 2019 | 03:54 PM



KUALA LUMPUR - Pelakon, Amar Baharin mendedahkan isterinya, pelakon Amyra Rosli kini hamil anak kedua.



Amar membuat pengumuman tersebut menerusi sebuah pos dan video dalam Instagramnya, lapor laman Kosmo Online.



Menerusi video pendek bersempena sambutan ulang tahun Amar yang ke-34 pada malam Ahad, pasangan itu menyelitkan berita gembira kehamilan dengan memaparkan alat ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif.



“Ini hadiah hari lahir paling bermakna buat saya, syukur Alhamdulillah.



“Terima kasih Ya Allah,” tulisnya pada status laman Instagram tersebut.



Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada November 2016 itu memiliki seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi yang dilahirkan pada Oktober 2017 dan kini berusia setahun lapan bulan.   




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >