Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Amyra Rosli hampir tolak peranan 'Nur'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Amyra Rosli hampir tolak peranan 'Nur'

Jun 22, 2018 | 05:30 AM



PELAKON Malaysia Amyra Rosli mendedahkan bahawa beliau asalnya enggan menerima tawaran berlakon dalam drama popular Nur, yang ditayangkan di saluran TV3 Ramadan lalu.



Menurutnya, ketika menerima tawaran tersebut, beliau masih belum bersedia memandangkan baru sahaja melahirkan anak lelaki Aqeef Anaqi.



"Sudah setahun lebih saya tidak berlakon kerana hamil dan melahirkan. Jadi, apabila mendapat tawaran itu, saya sebenarnya belum bersedia.



"Bukan apa, Aqeef ketika itu baru sahaja berusia lima bulan. Saya ingin memberi tumpuan pada anak terlebih dulu.



"Alhamdulillah saya bersyukur kerana bersetuju menerima tawaran itu. Drama itu mendapat sambutan sangat baik daripada penonton," katanya kepada mStar Online.



Dalam pada itu, Amyra berkata beliau tertarik berlakon dalam Nur selepas membaca sinopsisnya.



Beliau rasa drama itu naskhah berbeza daripada kebanyakan karya sedia ada.



"Nur ada tarikan dan aura yang membuatkan saya setuju. Tambahan pula, selepas saya baca sinopsis yang diberikan pengarah, saya jadi ingin lebih tahu tentang jalan cerita seterusnya," katanya.



Pelakon gandingan lain yang disifatkan sebagai hebat turut membuatnya lebih tertarik menyertai.



"Siapa yang tidak mahu berlakon di samping Noorkhiriah, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Azhan Rani dan Syafiq Kyle?



"Melihat barisan pelakonnya sahaja sudah membuat saya cukup teruja dan enggan melepaskan peluang keemasan itu," ujarnya.



Mengulas mengenai jangkaan beliau memenangi anugerah pelakon terbaik atas kecemerlangannya membawa watak Nur, Amyra berkata beliau tidak mengharapkan apa-apa ganjaran.



Sebaliknya, beliau sudah cukup berpuas hati apabila lakonannya disukai ramai kerana itu menunjukkan tugasnya sudah dilaksanakan dengan baik.



"Sejujurnya, saya harus beri penghargaan kepada pengarah Shahrulezad kerana beliau banyak membantu bagi membolehkan saya menyerlahkan lagi watak Nur.



"Sebelum ini, saya banyak pegang watak anak orang kaya tapi dalam Nur, beliau berjaya mengubah saya 100 peratus hingga bagi peranan itu secalit bedak pun tidak saya pakai.



"Jika tidak kerana beliau, saya sendiri pun mungkin tidak berani melakukannya tapi beliau nampak keupayaan saya menzahirkan watak Nur," ujarnya.



Drama Nur mendapat 'rating' 11 juta tontonan menerusi 19 episod yang ditayangkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >