Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25

Anak muda asah bakat muzik di Gah(kustik) Edisi Raya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Anak muda asah bakat muzik di Gah(kustik) Edisi Raya

Jun 14, 2018 | 05:30 AM



APABILA diminta mengimbas kenangan Hari Raya yang tidak mampu terluput dari ingatan, finalis Anugerah 2017, Nur Liwani Izzati Jelani, tertawa seraya menceritakan peristiwa dirinya 'dilupakan' sang ibu ketika beraya.



Kerana Liwani yang tidak boleh duduk diam tiba-tiba lesap dan seronok bermain turun naik tangga estet perumahan yang dikunjungi, ibunya terlupa lantas pulang tanpa anaknya.



Apabila si kecil menyedari ibunya tiada, dia minta tolong seseorang yang tidak dikenali di blok itu agar menelefon ibunya.



"Nasib baik saya masih ingat nombor telefon ibu saya. Yang kelakarnya, apabila ibu sampai, saya sedang seronok-seronok makan kuih Raya di rumah orang yang baik hati tu! Kalau beritahu ibu, mesti dia marah ni!" kongsinya dalam wawancara program akustik wadah digital Berita Harian SG, Gah(kustik) Edisi Raya.



Edisi Raya yang julung kalinya diadakan menyusuli kejayaan siaran Gah(kustik) Edisi Singapura bakat tempatan sejak September tahun lalu, menggabungkan artis malar segar dan yang baru bertatih dalam persada seni setempat.



Terdapat 11 klip video kesemuanya. Satu klip lagi pula menyatukan ucapan Hari Raya artis tempatan dan Malaysia.



Episod pertama yang menampilkan Datin Milah Hussein dengan lagu Selamat Hari Raya (dendangan asal Allahyarhamha Fazidah Joned) sudah pun disiarkan sejak Isnin lalu.



Bintang legenda lain yang kami tampilkan dengan kerjasama blog Wadah Seniku termasuk juara Gegar Vaganza 4, Wan Aishah Wan Ariffin; Datin Paduka Julie Sudiro dan Rahimah Rahim.



Selain Liwani yang menyanyikan lagu Sanisah Huri, Bersabarlah Sayang, barisan bakat muda pula terdiri daripada juara Anugerah 2017, Mohd Shahfiq; adiknya yang menyertai Asia's Got Talent sehingga menjadi tular, Syah Riszuan; serta penyanyi bersuara merdu, Hariani Hassan Bakri.



Paduan suara ND Khal dan Mira dalam lagu duet cinta berlatarbelakangkan suasana Hari Raya, Lebaran Cinta, juga mampu anda saksikan dalam siri edisi Raya ini.



Lebih menggembirakan adalah apabila Gah(kustik) juga dapat menjadi saluran mengetengahkan bakat bermain muzik pelajar Maktab Seni Lasalle yang mengiringi beberapa persembahan.



Lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat juga terlibat dalam mendendangkan medley lagu Raya.



Kata Nur Istifarah Muhamad Fauzie yang mengambil kursus khidmat perniagaan dan ingin beralih mengambil muzik di Maktab Seni Lasalle:



"Minat menyanyi saya sebenarnya tercetus sejak di bangku sekolah lagi. Apabila memasuki ITE, terdapat kumpulan khusus yang membangun minat saya dalam nyanyian.



"Gembira rasanya dapat mengetengahkan bakat saya dalam program Raya digital Berita Harian ini.



"Kami biasa dengar lagu ceria Anuar Zain dan Elina,Suasana Di Hari Raya. Tapi bagi persembahan program digital ini, banyak penyelarasan yang perlu dibuat antara kami dari segi perubahan kord."



Temannya, Nur Alysa Ridwan pula menambah:



"Disiplin mustahak dalam bidang nyanyian. Kalau kita rasa kita bagus, ada ramai lagi yang lebih hebat."



Mereka berdua bergabung tenaga dengan lulusan kejuruteraan mekanikal, Abdul Wafi Abdul Rashid, yang bermain cajon dan lulusan kenderaan berat automatif, Muhammad Ilyas Ishak, yang bertindak selaku gitaris.



Beberapa video juga mendapat sentuhan kreatif sekumpulan juruvideo muda yang menggelar diri mereka Eclectic Vibes.



Penata gaya dan dandanan, Achul, turut memberi khidmat solekan wajah dan rambutnya.



  • Saksikan klip video Gah(kustik) Edisi Raya di laman Facebook Berita Harian Singapura sepanjang musim Lebaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >