BAHANG MEDIA SOSIAL
Angelina Jolie disanjung kerana prihatin pada anak-anak
Jul 31, 2019 | 05:30 AM
WALAUPUN namanya diulit dengan pelbagai kontroversi bergelar anak seni, pelakon jelita Angelina Jolie kian disanjung di media sosial sejak akhir-akhir ini kerana keprihatinan yang ditunjukkan terhadap enam anaknya.
Jolie, 44 tahun, malah memberitahu ramai di Instagram bahawa beliau tidak mampu bekerja dengan sempurna seandainya anak-anaknya tiada di sisi apabila beliau berada di lokasi penggambaran.