Anjur pameran solo selepas sepi sedekad
Pelukis Salleh Japar turut berusaha bangun arkib pelukis Melayu
Jun 09, 2015 | 05:30 AM
LEBIH sedekad lamanya, pelukis dan pensyarah seni halus, Encik Salleh Japar, menyepi tanpa sebarang pameran solo yang memaparkan kreativiti dan sumber ilhamnya.
Menggalas amanah sebagai pendidik dan pencorak sukatan pendidikan kursus diploma dan ijazah sarjana muda seni halus di Maktab Seni Lasalle menjadi tumpuannya. Lantaran itu, tidak banyak masa yang dimiliki bagi merancang pameran solo yang benar-benar berisi dan padat dengan hasil kajian.