PEMINAT diberi kuasa sepenuhnya untuk mengundi dan menentukan pemenang kesemua 16 kategori bagi acara Anugerah Meletop Era yang diadakan buat julung-julung kalinya pada Sabtu ini.
Anugerah itu - satu kolaborasi antara program Meletop dengan radio Era - bertujuan mengiktiraf karya kreatif penggiat seni hiburan Malaysia yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital.