SEBANYAK 10 filem Indonesia pecah panggung yang mampu menarik lebih sejuta penonton ke pawagam sepanjang tempoh tayangannya tahun lalu telah disenaraikan bagi Anugerah Filem Box Office Indonesia (Iboma) 2017.
Menurut kenyataan SCTV, filem yang bertanding bagi kategori Filem Box Office Terbaik ialah Ada Apa Dengan Cinta 2, Warkop DKI Reborn: Jangkrik Boss! Part 1, My Stupid Boss, Hangout, Cek Toko Sebelah, Rudy Habibie, Koala Kumal, Comic 8, Casino Kings Part 2, ILY From 38,000 Feet dan London Love Story.