Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Apa itu gastroenteritis dan cara merawat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

KESIHATAN

Apa itu gastroenteritis dan cara merawat

Apr 29, 2019 | 05:30 AM



BARU-BARU ini, satu lagi kes gastroenteritis atau keracunan makanan serius berlaku, melibatkan seramai 109 kanak- kanak di empat pusat Prasekolah PCF Sparkletots, dengan 15 daripada mereka terpaksa dihantar ke hospital. Ibu bapa kanak- kanak itu melaporkan bahawa anak mereka mengalami gejala seperti cirit-birit, muntah dan demam panas sehingga 39 darjah.



The Straits Times melaporkan bahawa ia kes ketiga melibatkan prasekolah dalam tempoh beberapa bulan.



Jika anda seorang ibu atau bapa dengan anak kecil, kejadian serupa pastinya membimbangkan.



Pada Februari lalu pula, pusat prasekolah Tanglin MindChamps mengalami wabak serupa, melibatkan 30 kanak- kanak dan seorang kakitangan. Dalam kejadian berasingan, 14 lagi kanak-kanak di PCF Toa Payoh mengalami muntah-muntah dan cirit-birit selepas makan tengah hari.



Tetapi apa sebenarnya gastroenteritis? Apakah ia penyakit biasa? Adakah ia boleh membawa maut?



Majalah Shape meminta Dr Shravan Verma, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Speedoc (aplikasi khidmat perubatan 24 jam), untuk menjelaskan semua perkara yang perlu diketahui mengenai penyakit itu.



Apa yang menyebabkan gastroenteritis?



Gastroenteritis atau selesema perut biasanya disebabkan norovirus yang menjangkiti perut dan usus serta kerap menyebabkan cirit-birit, kata Dr Shravan.



Punca utamanya termasuk makan makanan tercemar, berada berhampiran binatang selain berenang di kolam dan tasik, malah kolam renang.



Bakteria yang biasanya menyebabkan gastroenteritis ialah salmonella dan E coli.



"Salmonella biasanya terdapat dalam ayam ternakan, telur, produk susu, daging, kacang dan rempah-ratus tercemar.



"E coli (yang biasanya menyebabkan penyakit di kalangan pelancong) disebabkan memakan daging kurang masak makanan mentah, kata beliau.



Sebab lain termasuk kehadiran parasit seperti amoeba dan cacing di tempat yang dilawati.



Berapa lazim gastroenteritis boleh berlaku?



"Gastroenteritis adalah penyebab ketiga dan keempat pesakit datang mendapatkan rawatan di poliklinik dan berjumpa doktor. Kami mengendalikan 550 hingga 600 kes seminggu, atau sekitar 70 hingga 80 kes sehari," jelas Dr Shravan.



(Penyakit paling kerap berlaku adalah jangkitan saluran pernafasan seperti selesema.)



"Bagi Speedoc, gastroenteritis adalah penyakit kedua paling biasa dialami pesakit yang datang berjumpa kami," ujar beliau.



Bagaimana gastroenteritis menjejas badan?



Apa tanda/gejalanya?



Kuman berbeza menjejas bahagian usus yang berlainan, kata Dr Shravan. Tetapi secara umum, jangkitan pada usus kecil, yang menyerap zat dan air makanan, disebabkan oleh virus.



Mual, muntah dan cirit-birit biasanya menjadi tanda gastroenteriti. Jarang ia diiringi demam atau terdapat darah atau lendir dalam najis.



Usus besar pula boleh dipengaruhi bakteria, yang boleh menyebabkan pesakit mengalami demam serta terdapat darah dan lendir dalam najis.



"Gejala seperti ini boleh berlaku beberapa minit selepas makan dan berlarutan sehingga beberapa hari, bergantung pada tempoh lingkaran hayat yang menyebabkannya," terang Dr Shravan.



Bolehkah ia membawa maut?



"Sebilangan besar pesakit akan pulih tanpa komplikasi," kata beliau. Namun, jika seseorang itu tidak mempunyai kandungan air yang cukup dalam tubuh, badannya boleh menjadi kering dan ini boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang. Patogen dalam usus juga boleh merebak ke dalam darah dan organ lain serta merosakkannya.



Adakah kumpulan orang tertentu lebih mudah mengalami gastroenteritis?



"Kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah lebih mudah terdedah kerana usus mereka masih belum matang," kata Dr Shravan.



Orang lain yang mudah mengalaminya termasuk orang tua, mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit barah atau HIV, atau mereka yang mengalami kegagalan jantung atau buah pinggang.



Pelancong pula lebih mudah menghidap gastroenteritis kerana kehadiran pelbagai bakteria dan virus berbeza di negara yang dilawati.



Apakah cara yang disyorkan untuk mengatasi atau mengubati gastroenteritis?



"Adalah penting untuk terus minum air. Kami menggalakkan pesakit minum air seperti H-TWO- O sebanyak mungkin kerana gastroenteritis menyebabkan dehidrasi (kehilangan banyak air)," kata Dr Shravan.



"Jika ia lebih serius dan pesakit tidak boleh makan atau minum, atau menyimpan apa-apa dalam tubuh, jalan terbaik adalah mendapatkan bantuan doktor. Kami biasanya memberikan garam khas yang mengandungi elektrolit untuk merawat dehidrasi."



Sesetengah doktor mungkin memberi ubat tahan muntah atau memasukkan air dalam tubuh.



Berapa lama tempoh pemulihan?



"Dalam kebanyakan kes antara tiga dengan empat hari atau paling lama seminggu. Jika ia berlarutan, dapatkan rawatan doktor atau jalani ujian untuk mengesan punca lain," ujar Dr Shravan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >