'WARGA' SINGAPURA JUGA: Memerang Marina Bay dirakam di Taman di Persisiran oleh Cik Kang Yen Thiing, pemenang peraduan #WhatMakesSG. Cik Kang penggiat alam sekitar yang meminati dunia fotografi memerang dan haiwan. Gambar ini menunjukkan sudut pandangannya terhadap makna tanah air - negara maju yang bertanggungjawab terhadap semua makhluk. – Foto KANG YEN THIING
BALADA SEPI SI BABI: Mamalia berbadan gemuk dan berkaki pendek ini dilihat dekat Blok 544 Choa Chu Kang Street 52 pada 18 Februari lalu. Persatuan berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres) berkata antara sebab utama babi muncul adalah tertarik kepada makanan yang orang ramai tinggalkan buat haiwan. – Foto BM oleh WONG KWAI CHOW
UUULARLAHHHH: Kakitangan Anticimex, firma kawalan haiwan perosak, menangkap ular sawa sepanjang tiga meter di luar Tang Plaza pada 29 Januari lalu. Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) mengesahkan ular tersebut tidak dikasari dalam laporan pada 20 Februari lalu. – TANGKAP LAYAR VIDEO FACEBOOK RABBIKHAN KHAN
TIDAK adil.
Warga Singapura sudah menghukum teruk si babi Choa Chu Kang. Segala caci maki dilontar kepadanya.