Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

APM bakar semangat artis menyanyi semula

Alif Abdullah raih pencalonan terbanyak dalam enam kategori, Deffi terharu selepas lebih sedekad sepikan diri
Aug 02, 2018 | 05:30 AM



Anugerah Planet Muzik (APM) masuk tahun ke-17, dengan tahun ini ia kian menjadi pelantar bagi artis dari negara Nusantara bekerjasama. Selain wadah bagi bakat muda mengetengahkan bakat dan potensi, ia juga mengembalikan semangat artis yang kembali berkarya setelah lama menyepi. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan di sekitar sidang akhbar APM yang diadakan di Hotel Orchard kelmarin.



SETELAH kumpulan Sleeq yang menaikkan namanya dibubar, tumpuan penyanyi dan penggubah lagu, Alif Abdullah, adalah lebih pada mencipta lagu buat orang lain.



Namun, lagu Buat Selamanya mengubah segala haluan dan bisikan hati yang ingin dirinya ketepikan kerjaya nyanyian sendiri dan hanya fokus pada usaha menjana karya buat orang lain.



Ternyata, lagu tersebut dan sebuah lagi lagu hasil kerjasama dengan penyanyi muda, Ismail Izzani, Luar Biasa, membawa tuah buat Alif.



Alif, 29 tahun, mendahului pencalonan Anugerah Planet Muzik (APM) 2018, dengan pencalonan dalam enam kategori.



Enam kategori itu adalah Kolaborasi Terbaik (Artis), Lagu Terbaik (Singapura), Artis Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular APM dan Artis Paling Popular APM.



Menyusulinya adalah dua lagi bakat tempatan, Aisyah Aziz dan Sufi Rashid, di samping As'ad Motawh dari Malaysia dan Isyana Sarasvati dari Indonesia dengan lima pencalonan setiap seorang.



Senarai pencalonan itu diumumkan dalam satu sidang akhbar anjuran bersama Mediacorp Suria, Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM di Hotel Orchard, kelmarin.



Ketua Penyiaran Melayu Mediacorp, Cik Zakiah Halim, berkata:



"Sebagai satu-satunya acara penganugerahan muzik Melayu serantau, APM sentiasa mencipta peluang dan kerjasama yang bermakna antara artis dan pemuzik demi meningkatkan profil mereka di rantau ini.



"Kami bangga calon-calon APM 2018 merupakan golongan pencipta trend yang mencabar daya kreatif dalam muzik mereka."



Alif tidak hadir di sidang akhbar tersebut atas komitmen tugas.



Beliau pernah menyifatkan Buat Selamanya sebagai istimewa kerana di sebalik lirik lagu tentang keganasan dalam perhubungan, ia membawa maksud mengenai kasih sayang dan penghargaan terhadap pasangan masing-masing.



Selepas perpisahan Sleeq pada 2015, beliau lebih selesa menghasilkan lagu buat artis lain seperti Kaka Azraff, Zizan Razak, De Fam, Joe Flizzow dan Adira.



Namun, apabila dirinya payah mencari penyanyi yang sesuai, beliau merasakan itulah isyarat buatnya tampil mendendangkan lagu tersebut.



Dalam pada itu, pencalonan dalam APM dilihat sebagai perangsang bagi penyanyi tempatan yang sudah sedekad lamanya menyepikan diri, Deffi, 32 tahun, kembali aktif.



Beliau, yang dicalonkan dalam kategori Lagu Paling Popular (Singapura) bagi lagu Iyalah, kini komposer yang bergerak di bawah Kraton Music Publishing and Arts.



Kata Deffi atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Sabudin:



"Saya kembali lagi mewarnai dunia hiburan tempatan setelah 11 tahun bekerja di Kuala Lumpur. Sebuah lagu saya, Kasih Mengapa, pernah dicalonkan di APM, 10 tahun lalu. Sayangnya, atas komitmen tugas, saya tidak lagi menyanyi kerana sibuk bekerja di Kuala Lumpur.



"Namun, kini saya kembali lagi dengan Iyalah. Bagi saya, pencalonan dalam APM ini memberi saya semangat agar meneruskan daya kreatif saya dalam bidang muzik. Kecaman daripada mereka yang menyangsikan keupayaan saya menyanyi semula pasti ada tapi kita harus yakinkan diri sendiri bahawa kita mampu buat yang terbaik."



Deffi menyifatkan Iyalah sebagai unik kerana ia menyentuh tentang seorang jejaka yang berbadan gemuk dan berusaha turunkan berat badannya kerana ingin memikat hati seorang gadis.



"Memang lagu ini mudah dikaitkan dalam kehidupan sesiapa sahaja. Ia lagu motivasi dan kesedaran tentang kesihatan juga," kongsinya.



  • APM 2018 akan berlangsung di Teater MES, Mediacorp pada 28 September ini mulai 9 malam. Tiket berharga $28, $48 dan $68 boleh ditempah di laman, cawangan dan kaunter Sistic.


ANTARA CALON APM



ARTIS BARU TERBAIK (LELAKI)

Adrian Khalif (Flawless/Merona)

As'ad Motawh (Senyum)

Frelo (Kembalilah)

Kudien Rafee (Ruangan Gelap Gerhana)

Naim Daniel (Sekali Lagi)



ARTIS BARU TERBAIK (WANITA)

Charis (Supernova)

Mimifly (Superfly)

Rahmania Astrini (Menua Bersama)

Sara Fajira (You Know)

Tiesha (Boneka)



KOLABORASI TERBAIK (ARTIS)

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika (Kisah Ku Inginkan)

Fazura dan Samsons (Cinta Langka)

Ismail Izzani dan Alif Abdullah (Luar Biasa)

Rizky Febian dan Aisyah Aziz (Indah Pada Waktunya)

Ryan Sufiyan dan Mimifly (Gila)



KOLABORASI TERBAIK (LAGU)

Aku Sendiri (Sufi Rashid dan Haqiem Rusli)

Bukan Maksudku (Rossan dan Taufik Batisah)

Jangan (Aziz Harun, Faizal Tahir, Ezra Kong, Mike Chan dan Romeo)

Tak Perlu Kata Apa-Apa (Hannah Delisha, Romeo, Faizal Tahir dan Mike Chan)

Teman Bahagia (Jaz, Ramadhan Handy 'Soulvibe' dan Asta Andoko 'Ran')



ARTIS TERBAIK (LELAKI)

Faizal Tahir (Menang)

Jaz (Teman Bahagia)

Judika (Jikalau Kau Cinta)

Kunto Aji (Konon Katanya)

Noh Salleh (Renjana)



ARTIS TERBAIK (WANITA)

Datuk Seri Siti Nurhaliza (Segala Perasaan)

Dayang Nurfaizah (Separuh Matiku Bercinta)

Isyana Sarasvati (Lembaran Buku)

Raisa (Teduhnya Wanita)

Rinni Wulandri (Cintai Aku)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >