Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Aprentis kelainan upaya gigih bekerja di kafe

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aprentis kelainan upaya gigih bekerja di kafe

Apr 22, 2018 | 05:30 AM



Golongan berkeperluan khas, jika diberi peluang dan sekitaran yang sesuai, mampu bekerja dan meraih pendapatan. Pada mulanya, mereka mungkin kurang yakin atau rasa takut mencuba sesuatu yang baru, namun dengan latihan dan galakan, mereka mampu melakukan tugas yang diberikan. Malah ramai dalam kalangan mereka yang suka sangat bekerja sehingga mahu terus bertugas pada hari cuti. FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) dan NUR DHUHA ESOOF (nurdhuha@sph.com.sg) melaporkan tentang usaha tiga pertubuhan yang menawarkan peluang kepada golongan istimewa ini menggunakan masa dengan penuh makna.



RASA gembira dapat bekerja.



Sehinggakan pada hari badan tidak sihat pun pekerjaan sukar ditinggalkan.



Begitulah sikap Encik Cher Wei Jie, 24 tahun, terhadap pekerjaannya di Kafe Metta.



Encik Cher, yang mengalami autisme ringan, bekerja di kafe tersebut yang dibuka pada 2014.



Beliau kini salah seorang daripada lapan aprentis di kafe yang terletak di bangunan Metta di Simei Street 1 dan mempunyai sijil halal sejak 2015.



"Saya suka kerja di sini sebab dapat sediakan biskut dan makanan lain untuk pelanggan.



"Antaranya termasuk biskut kranberi, badam mentega, jagung dan earl grey.



"Hari saya tidak kerja ialah setiap Selasa dan Sabtu," katanya dengan bangga semasa ditemui wartawan.



Selain masalah autisme, mereka yang diambil sebagai aprentis di kafe tersebut termasuk mereka yang mempunyai masalah ketidakmampuan intelek ringan.



Semasa ditemui, Timbalan Pengarah Eksekutif Persatuan Kebajikan Metta, Cik Felicia Wee, berkata pekerja seperti Encik Cher menjalankan kegiatan secara rutin - justeru sukar tidak melakukan perkara yang diamalkannya setiap hari.



"Contohnya, Wei Jie yang ingin terus bekerja meskipun semasa hari doktor beri beliau cuti sakit.



"Sehinggakan kami perlu terangkan kepadanya yang beliau sakit dan tidak berdaya bekerja pada hari tersebut.



"Sebabnya, golongan ini semua bekerja ikut rutin harian.



"Sehinggakan tepat pada waktunya mereka terus pulang," katanya.



Menurutnya, aprentis kafe tersebut dipilih berdasarkan kriteria seperti kesukaran mereka mendapat pekerjaan di luar selepas tamat persekolahan.



Di Sekolah Metta, pelajar diajar tentang kemahiran seperti membuat roti dan kek, persiapan makanan serta membersihkan bilik.



"Selepas tamat persekolahan, pada usia sekitar 18 tahun, mereka digesa agar mendapatkan pekerjaan di luar.



"Namun, terdapat juga mereka yang sukar dapatkan pekerjaan dan bagi golongan ini, kami tawarkan mereka bekerja di kafe ini dengan bergaji," katanya.



Ditanya cabaran yang dihadapi semasa mengajar kakitangan seperti Encik Cher, pembimbing di kafe itu, Cik Chye Hui Fun, berkata beliau mengambil masa sehingga setahun untuk mendidik kakitangan sedemikian bagi membiasakan mereka dengan peralatan di dapur.



"Semasa mula bekerja di sini, saya memang dapati sukar mengajar mereka.



"Tapi saya diajar tentang cara mendidik dan berinteraksi dengan mereka sehinggakan saya kini rasa selesa semasa mengajar mereka," katanya yang telah bekerja di situ sejak empat tahun lalu.



Sebelum ini, beliau bekerja di sebuah syarikat membuat roti dan kek.



Seorang lagi aprentis sepenuh masa, Encik Muhammad Khairil Md Saleh, 27 tahun, pula ditugaskan membersihkan meja di kafe tersebut.



"Saya happy dapat kerja sini.



"Kerja pun okay," katanya semasa ditanya wartawan.



Kafe Metta yang dibuka seawal 7 pagi sehingga 5 petang menjual sarapan dan makanan tengah hari - dengan harga yang berpatutan.



Terdapat 12 kakitangan sepenuh masa yang ditugaskan di kafe itu juga.



Antara sajian yang disediakan termasuk Bee Hoon Hor Fun ($4); Nasi Goreng Sambal ($4); Bee Hoon Goreng Tom Yam ($4); dan Udon Lada Hitam ($4).



Setiap minggu, terdapat juga beberapa sajian istimewa berasingan yang dijual di kafe yang mampu memuatkan sehingga 200 pelanggan pada satu-satu masa.



"Pada masa ini, pelanggan terdiri daripada mereka yang tinggal di estet perumahan berdekatan seperti Simei dan Tampines, selain pekerja di kawasan Changi South," kata Penolong Pengurus kafe tersebut, Cik Lim Yen Yen.



Selain itu, Kafe Metta turut menyediakan sajian yang ditempah syarikat korporat, dan sedang bersiap sedia menerima tempahan biskut sempena Hari Raya akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >