Art Fazil kongsi perjalanan seni
Penyanyi beri ceramah motivasi kepada 300 pelajar Sekolah Menengah Hongkah
Feb 19, 2015 | 05:30 AM
KETIKA berusia 15 tahun, penyanyi Art Fazil jatuh cinta pada muzik selepas mendengar lagu kumpulan kegemarannya, Kembara, yang turut dianggotai penyanyi tersohor, Datuk M. Nasir.
Lantas, beliau berangan-angan hendak bermain muzik pada suatu hari kelak, menjadikan M. Nasir sebagai satu contoh atau 'role model'.