Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Artis S'pura Reyza Hamizan mahu sahut cabaran lebih besar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Artis S'pura Reyza Hamizan mahu sahut cabaran lebih besar

Penggubah dan penyanyi tanah air itu kini sudah miliki studio muzik sendiri di KL di samping hasilkan 'single' berduet dengan pelakon popular Diana Danielle
Dec 01, 2018 | 05:30 AM



ORANGNYA pemalu dan menyifatkan dirinya sebagai introvert.



Namun, jiwa seninya yang begitu kuat dan beliau mahu berkongsi karya seninya kepada pendengar dan rakan-rakan artisnya dengan lebih meluas - keadaan yang 'memaksa' penggubah dan penyanyi tanah air, Reyza Hamizan, 29 tahun, berani keluar daripada kepompongnya dan berani melangkah ke persada yang lebih mencabar.



Justeru setelah 10 tahun berputar-putar dalam persada tempatan sahaja, Reyza kini sudah bersedia mengorak langkah dan membina tapak kukuh di negara jiran.



Beliau sejak beberapa tahun lalu sudah berulang-alik Singapura-Kuala Lumpur kerana sudah mempunyai studio muzik sendiri di Kuala Lumpur iaitu di daerah Cheras.



BERDUET DENGAN DIANA DANIELLE



Beliau tidak saja menjalin hubungan kerja dengan penggubah dan penyanyi Dato' Wah Idris menghasilkan lagu tema Sukma Perak 2018 yang dilancarkan September lalu, bahkan menghasilkan single berduet dengan pelakon terkenal, Diana Danielle.



Single mereka berjudul Infiniti yang telah pun dilancarkan pada 27 November di Kuala Lumpur, turut menampilkan band Malaysia, NeonSoul.



Reyza, bekas pelajar Politeknik Singapura yang sebelum ini banyak menghasilkan lagu tema drama Singapura seperti Bingit dan telah mengeluarkan single berjudul Bisik, berkata peluang meluaskan langkah ke negara jiran terbuka apabila beliau ditawarkan untuk menguruskan sebuah studio muzik di Cheras, yang kini dikenali sebagai 6 Strings Studio.



Beliau, selaku pengarah studio, bekerjasama dengan NeonSoul untuk menghasilkan lagu-lagu hasil tugasan syarikat-syarikat penerbitan, stesen televisyen, syarikat korporat dan penyanyi persendirian atau syarikat rakaman.



"Memang sebelum ini saya tak dapat membayangkan keadaaan jika saya meluaskan kerjaya di Malaysia.



" Saya ini introvert... kalau bukan kerana saya penyanyi, memang saya sangat pendiam dan pemalu.



"Saya selalu berkata... kalaulah sebagai penyanyi saya dilahirkan di era Dato' M. Nasir tentu bagus... kerana orang menghargai kerja seninya kerana seni, bukan dengan cerita-cerita sensasi," kata Reyza yang selama ini beroperasi dari studio di rumahnya sendiri.



Katanya, beliau berkenalan dengan Wah Idris, yang kini popular sebagai juri rancangan Mentor di TV3, selepas penolong kepada penggubah mengetahui khidmat studio yang Reyza kendalikan di KL.



"Dato' Wah selalu ke studio saya untuk berbincang soal kerjasama. Alhamdulillah, projek bersama kami iaitu menghasilkan lagu tema untuk Sukma Perak berjaya dihasilkan," ujarnya kepada wartawan.



Sebelum itu, Reyza juga telah menghasilkan lagu untuk penyanyi Haleeda selepas penyertaan penyanyi itu dalam Gegar Vaganza musim pertama.



Tentang lagu duet beliau dengan Diana Danielle pula, kata Reyza, proses rakamannya telah bermula sejak dua tahun lalu.



Menurutya lagi, beliau mengenali isteri pelakon kacak Farid Kamil itu apabila mereka terlibat dalam rakaman album Hari Raya, Sesuci Lebaran.



Reyza kemudian mendapat tahu tentang hasrat Diana untuk merakamkan single.



PROSES BUAT LAGU DUET HADAPI BANYAK CABARAN



"Lagu duet kami melalui proses yang agak mencabar. Lagu Infiniti itu kami hasilkan dua tahun lalu tetapi tidak mudah dirakamkan.



"Pertama, Diana sebagai pelakon, mahu memastikan beliau benar-benar bersedia dari segi vokal. Beliau tidak berpuas hati dengan mutu vokalnya dalam rakaman pertama. Beberapa bahagian seni kata juga perlu dirombakJ.



"Kemudian, Diana juga terikat dengan banyak penggambaran drama. Saya di Singapura, Diana pula di KL... memang mencabar untuk menyiapkan Infiniti dengan sempurna. Tetapi Alhamdulillah... akhirnya ia dapat dilancarkan," kata Reyza.



Beliau berharap lagu itu akan menjadi batu loncatan untuk namanya dikenali, sekurang-kurangnya sebagai penggubah lagu.



"Saya tidak kisah sama ada saya diterima hanya sebagai penggubah lagu atau penyanyi.



"Apa yang penting ialah saya diberi peluang untuk mengasah bakat menghasilkan lebih banyak lagu di sana. Saya juga berharap dapat berkolaborasi dengan banyak pihak dan penyanyi,'' kata Reyza.



Menurut Reyza lagi, buat masa ini beliau tidak menyifatkan dirinya sebagai telah berhijrah ke Malaysia kerana masih menerima banyak tugasan di Singapura.



"Saya masih ulang-alik Singapura-KL. Masih ada kerja di sini. Cuma bagi saya, adalah lebih realistik untuk mengendalilkan studio di sana, bukan di Singapura kerana permintaannya lebih banyak,'' ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >