Arus Band bangkit kembali
Muncul dengan album baru 16 lagu yang lebih condong pada bunyi moden dan terkini
Jul 08, 2016 | 05:30 AM
SELEPAS musim Hari Raya Aidilfitri ini, kumpulan empat pemuda Singapura yang menggelar diri mereka Arus Band akan bangkit kembali dalam industri muzik dengan sebuah album baru.
Album berjudul Awakening yang memuatkan 16 lagu itu merupakan hasil arah tuju baru muzik Arus Band yang lebih condong pada bunyi moden dan terkini.