Asam pedas jana idea bikin filem silang budaya
Tiga filem ringkas hasil kreativiti pelajar Politeknik Temasek, yang dekat di hati setiap warga Singapura, disajikan khas di Wisma Teroka Singapura (SDC), Rabu lalu. Mulai 1 Julai ini, orang ramai dapat menikmatinya dengan percuma selama setahun. 'Asam Pedas Ikan Salmon', 'Tasmim: Decisions He Made' dan 'To: Another Me' dipilih bagi melambangkan nilai yang memperkukuh Kisah Singapura sempena ulang tahun ke-20 SDC. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
May 07, 2016 | 05:30 AM
KISAH hubungan antara kaum dan persefahaman silang budaya di Singapura dekat di hati Cik Liv Rianty Noor Hishamudin.
Bagi lulusan Diploma Filem Digital dan Televisyen daripada Politeknik Temasek (TP) itu, lebih seronok jika aspek makanan kegemaran ramai seperti asam pedas disisipkan sekali dalam filem yang dihasilkan.