Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Awie kesali sikap KRU?

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Awie kesali sikap KRU?

Jun 16, 2014 | 12:41 PM

PETALING JAYA (Selangor): Penyanyi rock Awie (Wings) mengakui berasa menyesal kerana menjalinkan kerjasama dengan pihak KRU Music Group lebih-lebih apabila isu beberapa lagu dalam album terbaharu mereka terbitan syarikat itu, Menakluk Kosmos yang dicetak rompak seperti tidak diambil peduli oleh syarikat itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, keadaan itu juga membuatkan Wings enggan manyambung kontrak dengan KRU Studios sekiranya ditawarkan lagi kerana menganggap pihak syarikat itu seperti tidak serius dalam pembikinan album mereka.

"Dulu, saya ditawarkan untuk bekerjasama dengan KRU Studios secara solo, tetapi saya tak nak. Kemudian mereka mengajak Wings pula dan pemain gitar utama kami, Joe bersetuju, dan saya pun ikut sahaja.

"Selepas album siap, kami bersemangat mahu lancarkan album tersebut sebaik-baiknya tetapi malang sekali, majlis dibuat seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Malah tiada sebarang poster menunjukkan ia adalah majlis pelancaran kami.

"Sudahlah beberapa lagu dalam Menakluk Kosmos dicetak rompak. Dan apabila meminta penjelasan Norman (Presiden Eksekutif KRU Music) dia hanya memberikan komen menerusi YouTube. Kenapa mesti YouTube? Cukuplah satu album kerjasama kami dengan mereka," katanya.

Pada 20 Mei lalu, Wings telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, dekat sini berhubung empat lagu dalam album terbaharu mereka iaitu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini telah dicetak rompak. - mStar.com.my

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3