GEMA GEGAR VAGANZA
Azmi, Wani bawa pulang ilmu berharga
May 16, 2017 | 05:30 AM
DARI KUALA LUMPUR: PERGERAKAN Azmi Saat, vokalis Caliph Buskers yang cacat penglihatan, mungkin terbatas di pentas.
Bagaimanapun, dengan penjiwaan baik serta suara mantap dalam peraduan realiti lagu kerohanian dan motivasi Gema Gegar Vaganza, beliau, kata pengadil tetap Farihin Abdul Fattah, mampu membawa penonton "terbang jauh" ke alam penghayatan berbeza.