Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Baby Shima rebah kerana tidak cukup rehat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Baby Shima rebah kerana tidak cukup rehat

Aug 13, 2018 | 09:46 PM






Apabila peserta program realiti Big Stage, Baby Shima pitam dan langsung rebah selepas mendendangkan lagu Ku Tak Akan Bersuara semalam, ada yang menyangka ia hanya gimik beliau untuk menarik perhatian.



Mereka menyangka akan timbul satu lagi drama tular persis penyertaannya dalam program Indonesia, D'Academy Asia 3, di mana beliau dimarahi penyanyi dangdut, Mas Idayu, yang bertindak sebagai pengadil.



Namun, ternyata apa yang berlaku malam semalam adalah kesan Shima tidak cukup rehat gara-gara jadual padat beliau perlu berulang-alik antara Jakarta dan Kuala Lumpur sejak berpangkalan di Indonesia kini.



Pengurus Shima, Andy memberitahu akhbar Berita Harian Malaysia, doktor yang membuat pemeriksaan mendapati penyanyi berusia 25 tahun itu sebenarnya terlalu penat dan tidak cukup rehat.



“Badan Shima panas dan tubuhnya kekurangan gula kerana dia tidak mengambil minuman manis. Doktor meminta dia berehat buat sementara waktu. Mungkin esok atau lusa baru dia boleh meneruskan aktiviti seperti biasa,” katanya.



Malam tadi, konsert minggu kedua Big Stage kecoh apabila Shima rebah selesai sahaja membuat persembahan yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.



Menyangka ia hanyalah gimik, penyanyi itu dilihat terus terbaring hingga suasana menjadi kecoh terutama apabila petugas penerbitan bergegas mengangkat Shima ke belakang pentas.



Andy menambah, sebaik diangkat keluar dari pentas, Shima diberi bantuan kecemasan dan dihantar ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam.



“Pada 3 pagi dinihari tadi, Shima sudah dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.



Andy mengaku artis yang diuruskannya itu mempunyai jadual kerja yang padat sejak hampir setahun lalu.



“Selain komitmennya bagi pertandingan Big Stage, Shima sering berulang alik ke Indonesia sejak hampir setahun lalu. Malah, Shima sudah boleh dianggap menetap di Jakarta kerana sering menerima undangan menyanyi di sana.



“Dia juga sudah menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat di Jakarta iaitu Nagaswara bagi tempoh tiga tahun,” katanya lagi



Andy berkata, selepas meraih kepopularan dalam program D’Academy Asia yang disertai, Shima menjadi buruan promoter lalu menyebabkan jadualnya penuh hingga November ini.



“Lusa, Shima sepatutnya pulang ke Jakarta kerana terikat dengan undangan persembahan pada Jumaat dan Sabtu ini. 



“Tapi selama terikat dengan Big Stage, Shima akan pulang ke Kuala Lumpur pada pagi Ahad hingga Rabu. Ini bermakna, beliau hanya ada masa bagi menyertai sesi raptai pada petang Ahad, hari berlangsungnya acara.



“Selebihnya, Shima berlatih sendiri atau mendapat bimbingan guru vokal setiap kali pulang ke Kuala Lumpur,” katanya.



Shima masih meneruskan perjuangan dalam Big Stage.



Malam tadi, kakak penyanyi remaja Aiman Tino, Fara Hezel diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir daripada program realiti itu.



Kedudukan teratas diraih Sissy Imann yang menangguhkan kerjaya sebagai guru muzik demi Big Stage.







Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >