Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Bahaya cabaran tutup mata Bird Box

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bahaya cabaran tutup mata Bird Box

Jan 06, 2019 | 06:07 PM



KALAU anda fikir aksi melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak untuk menari, yang dikenali sebagai Cabaran Keke atau 'Keke Challenge', yang tular di media sosial tahun lalu ialah 'kerja gila', tahun 2019 ini membuka tirai dengan satu cabaran baru yang kian menjadi kegilaan pengguna media sosial di seluruh dunia.



Malah baru-baru ini, Netflix mengingatkan peminat filem Bird Box tentang bahaya melakukan Cabaran Bird Box yang antara lain memerlukan seseorang melakukan kegiatan harian seperti berjalan dengan matanya ditutup kain.



Ribuan orang telah memuat naik video mereka melakukan pelbagai kegiatan – termasuk memandu, berjalan dan membeli-belah – dengan mata mereka ditutup kain.



Malah dalam satu video, seorang dewasa dan dua anak kecil dilihat berlari dalam rumah dengan mata mereka ditutup kain. Salah seorang daripada kanak-kanak itu terlanggar tembok.



[embed]https://twitter.com/birdboxmemes/status/1078251314331639808[/embed]



Sesetengah orang pula langsung tidak menghiraukan bahaya yang mungkin timbul dengan meniru perbuatan itu. Mereka cuba memandu dengan mata mereka ditutup kain.



Mereka meniru watak yang dimainkan pelakon Sandra Bullock dalam filem terkini Netflix itu.



Bullock memainkan watak seorang ibu tunggal yang cuba menyelamatkan dirinya dan dua anaknya.



Mereka harus menutup mata mereka dengan kain untuk melindungi diri daripada terdedah kepada kuasa misteri yang mendorong mangsa bunuh diri jika mereka membuka mata dan melihatnya.



Menurut Netflix, 45 juta pelanggan telah menonton Bird Box pada minggu pertama ia ditayangkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >