Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Gaya Hidup

Bapa dan anak 'halau' jerebu dengan kipas mainan di M'sia

Sep 21, 2019 | 05:47 PM

WALAUPUN jerebu telah melanda beberapa wilayah di Malaysia dan menyebabkan banyak sekolah ditutup, keadaan genting itu tidak menghalang seorang bapa dan anak perempuanya di Malaysia untuk bergurau dan cuba melawan jerebu dengan kipas mainan.

Menurut laporan di Asiaone, Encik Faizal Rosly dan anaknya itu menggunakan 'meme' “tiup jerebu kembali ke Indonesia,” (Blow the haze back to Indonesia) yang dimuat naik ke YouTube dan kini kian tular di media sosial.

Video itu menunjukkan bapa dan anak itu memakai pelitup pilihan masing-masing - anaknya memakai topeng ‘Stormtrooper’ dan bapanya memakai pelitup biasa - dan mereka menggunakan kipas mainan untuk 'menghalau' jerebu.

Sebelum mereka menggunakan kipas mainan itu, video itu juga menunjukkan encik Faizal sedang membuat kajian untuk mengenal pasti arah angin bertiup supaya tindakan mereka ‘berkesan.’

 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian